Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 16, 2009

INI BUKAN KES LEMBU PUNYA SUSU TAPI DATUK PUNYA SUSU

Pengusaha tenusu di Muadzam Shah,Pahang teraniaya bila enggan jual harga murah pembeli tuduh ada bakteria.
Pengarah Urusan syarikat tenusu, First Dairy Farm (M) Sdn Bhd, Datuk Muhammad Alwi Abdullah tidak terdaya membendung air matanya selepas melihat produk keluarannya terpaksa dibuang begitu saja.

Sebelum ini kita dapati ramai rakyat bersungguh dan beria-ia berusaha bertani dan berternak bila dijanjikan pembelian besar-besaran dan pendapatan yang lumayan seperti pelaburan ternak kambing,ternak lintah,ternak cacing dan ikan ketutu dan ketam namun semuanya tektik kelompok tertentu ingin mengutip wang pelaburan dan mencari pelanggan agar membuat pinjaman bank pertanian dan sebagainya.Tetapi semuanya sekejap sahaja.Padahal ramai menteri menjadi penaung kepada projek tersebut.
Penanam serai dan penanam cili oleh saranan FELDA juga terkantoi bila hasilnya kurang memberansangkan ,gara-gara FELDA cuma ingin cari untung jual benih itu dan ini.Rakyat berharap kepada Menteri berkenaan seperti Kementerian Pertanian dan Asas Tani dapat memantau,membantu dan menyelesaikan masalah yang yang timbul samada dari segi pasaran atau penipuan.

Teman rasa sepatutnya pengusaha susu wajar ada Pelan B dan Pelan C .Contohnya bila susu direject maka ada alternatif seperti buat keju ke atau lain-lain produk.Pakar keju kita boleh belajar dari pengusaha keju di Langkawi


Sambil melihat susu segar mengalir keluar dari dua lori tangki syarikatnya ke dalam satu lubang yang digali, Muhammad Alwi berteriak menyatakan bahawa dia bukan hanya membuang susu lembu, malah membuang sumber rezekinya.
Muhammad Alwi berkata, beliau terpaksa berbuat demikian selepas susu segar keluaran 380 ekor lembu di ladangnya tidak diterima oleh dua syarikat pengeluar produk tenusu terkenal di negara ini atas alasan rosak dan dicemari bakteria.
"Selepas produk kami ditolak, kami melakukan beberapa ujian dan mendapati susu ini masih elok," katanya kepada pemberita di Muadzam Shah, Selasa.
Dakwanya, sejak dua bulan lepas, sebanyak 91,500 liter susu lembu segar dengan nilai RM228,750 terpaksa dibuang.
Katanya, kira-kira 19,000 liter susu yang masih berada dalam tangki simpanan di ladangnya di KM81, Jalan Kuantan-Segamat juga mungkin mengalami nasib yang sama sekiranya ditolak syarikat pengeluar tersebut.
Muhammad Alwi berkata, sejak ladang ternakan itu dibuka satu setengah tahun lepas, ini pertama kali produk keluarannya ditolak.
"Kita telah mengadakan pertemuan dengan mereka (syarikat pengeluar), tetapi mereka mahu kita menurunkan harga...namun kita tidak berupaya berbuat demikian kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi selain membayar upah pekerja dan pelatih usahawan," katanya.
Justeru dakwanya, syarikat pengeluar terbabit kini lebih berminat untuk mengambil produk susu dari luar negara terutama Australia dan New Zealand.
Sehubungan itu, beliau memohon supaya kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggubal dasar menghadkan import produk tenusu luar negara bagi membantu industri tenusu tempatan.

1 comment:

Rush IswaraKu said...

Datuk ini pada saya muslim kan,oleh itu sedekahkan saja pada mereka yang memerlukanya,lagipun katanya susu itu masih baik dan tidak tercemar.Saya yakin dengan doa orang yang menerima susu ini beliau akan mendapat keuntungan berlipatganda berbanding dengan dibuang yang sudah semestinya membazir dan saya yakin Allah akan menutup rezkinya jika dia berterusan membazir..