Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 29, 2009

JUARA WANG RAKYAT AKAN TURUN KE BUKIT SENTOSA HULU SELANGOR 9 JANUARI ? HATI-HATI PAKATAN RAKYAT !

Kenyataan Tengku Adnan Setiausaha Agong UMNO di akhbar-akhbar kepunyaan kerajaan ini, UMNO secara terang dan jelas memberitahu bahawa pelancaran untuk program "UMNO JUARA RAKYAT" pada 9 Januari 2010 ini adalah amat penting bukan sahaja untuk UMNO tetapi Barisan Nasional juga dalam mengukuhkan dan mencari sokongan rakyat kepada parti tersebut.

Disamping itu menurut Tengku Adnan lagi, agenda utama di bawah program yang akan digerakkan ke seluruh negara ini adalah untuk menunjuk dan mengingatkan kepada rakyat terutamanya orang-orang melayu di kampung dan desa terutamanya bahawa hanya UMNO dan BN inilah sahaja yang selama ini menjuarai segala hasrat hasrat rakyat, dengan kata lainnya UMNO JUARA RAKYAT!

Program UMNO Juara Rakyat ini akan di lancarkan secara rasmi oleh PM DS Najib Tun Razak di Bukit Sentosa, Selangor merupakan salah satu program terkini yang pada pandangan mereka boleh mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN terutamanya.

Banyak projek perumahan yang telah terbengkalai dan ada yang siap tapi tidak selesa diduduki adalah buah tangan pemimpin UMNO dahulu seperti Tan Sri Muhamad Taib.Projek Perumahan Kerayung, Projek Bukit Beruntung dan Projek perumahan Sentosa.
Inilah Juara Wang Rakyat akan berkempen kununnya akan perjuangkan apa-apa yang belum beres di Kawasan Parlimen Hulu Selangor.

UMNO/BN sebenarnya cuba jadikan Parlimen Hulu Selangor pemula serangan yang bertali arus disebabkan faktor wakil rakyatnya yang kununya telah uzur.UMNO cuba ambil kesempatan ini memandangkan usaha menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus gagal. Dalam dada akhbar Kerajaan Bn baru-baru ini terang-terang mereka jelaskan ada wakil-wakil rakyat yang uzur dan berkemungkinan ada Pilihan Raya Kecil menjelang 2010.

UMNO / BN kini melihat hanya cara ini sahaja peluang yang baik untuk UMNO dan BN kembali rapat pada rakyat dan meyakini rakyat. Bagi saya tiada apa yang hebatnya pun dengan pengumuman yang dibuat oleh UMNO ini untuk 'merapatkan' diri mereka dengan masyarakat desa atau kampung kerana yang pastinya adalah mereka lakukan semua ini semata-mata untuk 'memanjangkan' lagi hayat politik UMNO / BN pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Kita tidak mahu rakyat tertipu sekali lagi dengan permainan licik UMNO / BN apatah lagi dengan menggunakan slogan "UMNO JUARA RAKYAT" sedikit sebanyak orang melayu terutamanya boleh 'terpesona' dengan dakwaan mereka sebagai juara rakyat lebih-lebih lagi apabila pemimpin-pemimpin terkini mereka mula membangkitkan 'nostalgia syahdu' untuk rakyat mengingati kembali jasa-jasa pemimpin terdahulu (era 50an, 60an dan 70an) terhadap rakyat terutamanya kepada orang melayu!

Apakah benar UMNO ini juara rakyat? Apakah dikira sebagai Juara rakyat apabila banyak tanah-tanah kepunyaan melayu tergadai di atas nama pembangunan? Apakah ini dikatakan sebagai Juara rakyat apabila banyak wang rakyat digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira pandangan rakyat akan pembaziran berlaku? Inikah yang dikatakan Juara rakyat sekiranya rasuah dan penyalahgunaan kuasa semakin meningkat didalam pentadbiran negara? Juara rakyatkah UMNO sekiranya apa jua pemasalahan rakyat tidak ditangani dengan segera? Inikah Juara rakyat sekiranya terang-terang Wang Royalti untuk rakyat Terengganu dan Kelantan ditukarkan namanya kepada Wang Ehsan?

Kita harap rakyat Malaysia dan khusunya rakyat Selangor akan jelas dan terang serta faham adakah UMNO/BN Juara Rakyat atau Juara Wang Rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

woi amno bodo... wakil rakyat yang uzur tu belum tentu mampus 2-3 taun lagi. yang sihat pon akan mampos esok lusa!!! tak yah la nak spot pada wakil rakyat yang uzur. kalau nak cepat perintah selangor,ada jalan yang lebih mudah. sekarang ni banyak ahli pas/pr tak puashati korang gi la bawak duit banyak banyak siram mana yang layu, ubat yang kena strok, viagra mana yang lembik mesti 360 pusing!!!

zul_neem said...

assalamualaikum

Pada awal tahun80an,saya teringat lagi penglibatan saya denagn sebuah agensi kerajaan untuk membanci jumlah penduduk setinggan yang berada didalam Kuala Lumpur.Habis ceruk jalan,pusing keliling dari kampong kesatu kampong setinggan yang lain dengan pelbagai nama,saya pergi untuk membancinya.Majority penduduknya ialah orang Melayu dan benteng pertahanannya ialah UMNO supaya tidak dirampas oleh kerajaan.Tetapi oleh kerana arus pembangunan dan susuatur semula dari DBKL dari masa kemasa atau tahun ketahun,banyak kampong-kampong setinggan pupus ada setengah dihambat keluar oleh DBKL.Ramai pendudduk orang Melayu terjejas terutama mereka yang berpendapatan rendah atau diketegori miskin.Umno hanya sekadar benteng rapuh dan tidak dapat buat apa-apa apabila melihat kampong-kampong setinggan orang Melayu diambil oleh DBKL atau kawasan itu bakal dibangun kawasan perumahan atau pusat belibelah.Malahan ada berlaku mereka pulak sebagai broker-broker kepada pemaju perumahan swasta untuk berunding dengan penduduk untuk mendapatkan tanah mereka duduki itu.Oleh itu banyaklah catitan dalam sejarah yang berlaku keatas penduduk setingan orang Melayu diKuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Prestasi nya sungguh mendukacitakan kerana banyak harta orang melayu dan penempatan meraka pupus ditelan arus pembangunan Kuala Lumpur.Oleh itu hasil dari pengalaman ini saya rasa nak termuntah apabila Umno dengan pimpinan baru mula hendak menggunakan slogan UMNO JUARA RAKYAT.Bagi saya UMNO juara bagi rakyat yang hanya tahu makan minumnya jangan diganggu yang lain buat apa-apalah suka hati nak jual negara pun takpa.Bagi penduduk Bukit Sentosa jangan lupa kita membeli rumah-rumah low kualiti dan permasalahan dengan pemaju utama akibat ketelusan kerajan yang meleset pada zaman mereka(UMNO) memerintah dulu.Yang kaya kaut untung mereka,yang tanggung bahananya kita pembeli.Lebih baik kita tolak UMNO dan gantikan dengan PAKATAN RAKYAT.PAKATAN RAKYAT JUARA RAKYAT SEBENARNYA.