Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 29, 2009

PM MALAYSIA DIBIDAS BEKAS PENGERUSI BN ATAS KEPUTUSAN PENJUALAN MI9G2


Selepas penjualan enjin pesawat perang kantoi diketahui ramai, kini Kerajaan BN/UMNO guna tektik terus-terang jual pesawat MIG29 pula.
Tun Mahathir terperanjat dan membidas pentadbiran Najib dan terus mempersoalkan cadangan kerajaan nak menjual MIG 29 ini. Memang wajar pun orang tua ni mengkritik dasar dan keputusan kerajaan semenjak zaman Pak Lah lagi. Sekurang-kurangnya rakyat yang cerdik tahu. Tapi bagi yang bangang, kerajaan UBN buat apa pun dia tak ambik peduli. Asalkan makan minum cukup, sudah.Apa nak bising , Malaysia dah makmor.

Berapa banyak lagi wang rakyat nak dibazirkan dan dirompak begitu saja. Dalam keadaan simpanan rezab negara yang sedikit, kedudukan matawang lemah (USD 1 = RM 3.435), hutang negara entah dah berapa ratus bilion, rasuah dan penyelengan semakin menjadi-jadi, kerugian MAS sehingga RM8 bilion dan pelbagai lagi masalah yang menimpa negara tapi masih juga nak berbelanja besar di luar kemampuan.

Kalau dicari fakta bukan takder negara lain yang menggunakan pesawat MIG 29's ni sehingga sekarang. Negara seperti India masih menggunakan pesawat ini. Kemampuan pesawat ini sebenarnya setanding dengan pesawat tempur Amerika seperti F-16 dan F-18 Hornet malah lebih tangkas lagi selepas melalui beberapa proses modifikasi.

Hak kepentingan rakyat dirampas satu persatu manakala golongan yang kaya raya/kroni diberi pelbagai kemudahan dan insentif bagi melonggokkan lagi harta mereka. Rakyat terus dibebankan dengan segala jenis macam kenaikan dengan alasan-alasan bodoh kerana nak menyorokkan segala penyelewengan yang dibuat.
Inilah salah satu contoh barisan kepimpinan negara yang memang juara wang rakyat paling dasyat di dunia ini. Sejahat-jahat pemimpin Yahudi Zionis Israel tetapi mereka cukup jaga kepentingan rakyatnya dan seluruh bangsa Yahudi di dunia.
Tak tahulah aku apakah jenis manusia yang jadi PM dan para barisan Kabinetnya ketika ini ? Bukan setakat rakyat ditipu, bangsanya sendiri pun dipijak.

Jika rakyat negara ini masih berdegil juga untuk memilih mereka dalam PRU13, nantilah saat kehancuran Malaysia.
Di bawah ini adalah 10 fakta rungutan Tun Mahathir :

1. Saya dengar pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia sudah tidak dapat digunakan lagi. Jika saya tidak silap umur pesawat ini kurang daripada 20 tahun.

2. Banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini. Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun? Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?

3. Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau di-kondem ratusan juta Ringgit akan hilang.

4. Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan. Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

5. Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?

6. Saya percaya ada cara untuk baikpulih pesawat pejuang dan pesawat lain. Tak bolehkah kita baikpulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.

7. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang.

8. Pesawat Amerika kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk beli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh Amerika Ayarikat.

9. Mereka tidak beri "source code" yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja.

No comments: