SIAPA? PENGKHIANAT AGAMA,BANGSA DAN NEGARA
"Apa yang termasuk dalam ramuan sebuah perjuangan adalah menuntut kesabaran, keta’akulan, perancangan, kesefahaman dan pengorbanan. Perjuangan menuntut “Kemerdekaan” daripada regim UMNO yang rakus, zalim dan kejam ini walaupun getir dan penuh dengan ranjau berduri tetapi kejayaan yang sukar telah semakin hampir.
Walau apapun jika kita tersilap satu langkah, padahnya amat parah.
Perjuangan ini bukan untuk DAP.
Perjuangan ini bukan untuk PAS.
Perjuangan ini bukan juga untuk KeADILan.
Ini adalah perjuangan RAKYAT demi meleraikan rantai yang mencengkam kita sejak lebih 52 tahun lalu.
Gabungan tiga parti utama dalam Pakatan Rakyat adalah inspirasi pemimpin dan individu tertentu yang prihatin terhadap penderitaan RAKYAT dan kasihkan kepada negara kita, Malaysia yang tercinta.
Sepanjang tempoh Malaysia di bawah pemerintahan regim zalim UMNO/Perikatan dan kemudiannya UMNO/BN, berjuta billion wang rakyat dan harta negara telah samada terlepas atau dilepaskan, tergadai atau digadaikan, terjual dan dijual kepada bangsa dan negara asing. Pemimpin UMNO dan sekutunya telah jelas memperlekeh dan meremehkan segala kepercayaan dan pengharapan yang telah disandarkan oleh rakyat kepada mereka selama ini.
- Singapura hilang dari peta negara
- Pulau Batu Putih diberi percuma kepada Singapura
- Hasil balak dirompak ikut selera mereka
- Hasil minyak dijoli ikut nafsu mereka
- Anak-anak hilang dipandang enteng
- Pendidikan dan perubatan diperdagangkan oleh kroni mereka
- Rakyat dicukai, wang Rakyat mereka tibai
Saudara yang saya kasihi,
Demi menapak dan mengukuhkan perjuangan ini, Kerajaan Rakyat telah menaskahkan sebuah catatan: “Pendedahan: Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara”.
Terkandung di dalamnya huraian dan penjelasan yang tiada dikabarkan oleh semua akhbar arus perdana. Tertitip juga di dalamnya penjelasan pimpinan RAKYAT yang prihatin terhadap permasalahan RAKYAT. Dipapar penjelasan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang situasi politik negara bangsa.
TEMANP pun anak pesawah.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment