Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 7, 2009

DAH KANTOI JAMBATAN KAYU RM1 JUTA(BARU SIAP 8 BULAN) , TERHEGEH ADUN JANJI GANTI KONKRIT RM 2 JUTA

Komen Teman : Mana tak muflis Negeri Pahang, tengok kes jambatan ini.Bila dinasihatkan buat jambatan konkrit mereka(BN) nak buat pakai kayu juga.Mentang-mentang kayu balak bersepah.Yang Jurutera tak nasihatkan bahawa jambatan kayu untuk sekian lebar sungai memang tidak sesuai dan tidak lojik untuk jangkamasa panjang.Bila dah berlaku begini, ramai rakyat akan susah terutama mata pencarian mereka tersekat dan mereka akan mengalami kerugian buah sawit tidak dapat di bawa ke kilang.

KUANTAN: Sebuah jambatan kayu bernilai RM1 juta yang menghubungkan lebih 300 penduduk di Kampung Kawah, Sungai Lembing di sini, mendap selepas ditenggelami air dalam kejadian banjir yang melanda kawasan berkenaan, semalam.
Kejadian berkenaan menyebabkan kira-kira 300 penduduk di situ terputus hubungan kerana jambatan yang baru siap dibina pada April lalu itu menghubungkan kampung berkenaan dengan jalan utama.
Jambatan sepanjang 80 meter itu dibina bagi menggantikan jambatan terdahulu yang turut mendap dan runtuh atas sebab yang sama pada Januari 2008.
Penduduk kampung, Ismail Abas, 64, berkata masalah berkenaan timbul hampir setiap tahun terutama sekali apabila tiba musim tengkujuh dan banjir.
Beliau berkata, permintaan penduduk kawasan terbabit supaya jambatan konkrit dibina juga tak diendahkan.
"Selain itu, pergerakan kami juga terbatas apabila tidak dapat keluar daripada kawasan kampung berikutan kejadian itu," katanya.
Bagi Mohd Daud Mohd, 50, pula kejadian itu menyebabkan beliau tidak dapat mengeluarkan hasil kelapa sawitnya dari kebun miliknya seluas 14.4 hektar.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, berkata pihaknya akan menggantikan jambatan kayu itu dengan jambatan konkrit bernilai RM2 juta tidak lama lagi.
"Dua lagi jambatan sama juga akan dibina di Sungai Lembing dan Sungai Kenau dengan nilai sama dan kita dalam proses membawa permohonan ini kepada pihak atasan," katanya.

No comments: