Kerajaan Selangor Desak Bina Jambatan Ketiga Atasi Kesesakan Bandar Klang
KLANG, 6 Dis - Kerajaan Negeri Selangor mendesak Kerajaan Persekutuan membina jambatan ketiga bagi mengatasi masalah kesesakan bandar Klang, kata Ronnie Liu.
Menurutnya, sewaktu pentadbiran Umno-Barisan Nasional, mereka sudah berjanji kepada rakyat Klang malah sudah pun melancarkan batu asas jambatan ketiga bagaimanapun ia hanya omongan kosong sahaja.
“Kerajaan Pusat dia sudah janji orang Klang, dia ada jambatan ketiga, dia sudah janji lama 10 tahun, akhir sekali semasa ada kempen Pilihanraya Ke12 Mac 2008, saya nampak Khir Toyo dan Samy Vellu dia datang sama-sama untuk lancarkan dia mahu mulakan jambatan ketiga, kalau tidak silap saya kosnya 230 juta”, kata Ronnie.
Kelambatan pembinaan jambatan di pusat bandar Klang memburukkan lagi keadaan apabila didapati sering tergendala dan dibuat secara sambil lewa oleh kontraktror Spaz Sdn Bhd.
Menurut Ronnie, pembinaan jambatan tersebut yang dimulakan sejak 2007 itu masih gagal disempurnakan malah sering kali berlaku penangguhan walaupun ia sepatutnya siap pada Mac tahun ini.
“Sebab itu hari ini saya minta bagi pihak orang Klang kita minta dibuat 24 jam, yang kedua dia tambah pekerja, ketiga dia kena pastikan sentiasa ada cukup bahan, sebab pekerja dia kata kadang-kadang tak ada bahan, tak ada bahan semua orang berhenti”, jelasnya lagi.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan, Ronnie Liu bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada perhimpunan secara aman di jambatan Pusat Bandar Klang, pagi tadi.
Ekoran itu, Ronnie sendiri menempatkan jurutera kerajaan negeri bagi memantau perjalanan projek pembinaan jambatan tersebut supaya dapat disiap seberapa segera.
“Saya harap orang Klang dia kena faham ini projek persekutuan, kontraktor pun persekutuan, orang yang jaga tempat ni pun JKR, ini semua persekutuan punya kuasa, jadi kita minta jangan salahkan MPK, jangan salahkan Adun termasuk saya, saya ini kita hanya boleh bagi desakan sahaja”, tegasnya.
Katanya lagi, kontraktor sudah berjanji menurap jalan lencongan berhampiran jambatan baharu semalam, bagaimanapun sehingga kini mereka masih gagal berbuat demikian.
MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN/selangorkini
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment