Komen : Teman lihat berita TV malam tadi wartawan cuba menghubungi JKR dan Jabatan Geologi dan mereka difahamkan 2 pihak tersebut akan hadir hari Isnin iaitu 8 Disember.
Lokasi ke Maktab Rendah Sains Mara, MRSM Bentong, berhampiran Plaza Tol Bentong
Bukit ini terletak di dalam kawasan MRSM dan runtuh kira-kira jam 12 tengahari tadi.
Runtuhan setinggi kira-kira 100 meter dan panjang juga kira-kira 100 meter ini mengakibatkan:
- Keseluruhan sistem loji rawatan kumbahan MRSM Bentong musnah samasekali.
- Sebahagian padang hoki juga tertimbus.
- Polis terpaksa mengarahkan penghuni dua blok guru supaya mengosongkan kediaman mereka sebagai langkah keselamatan.
- Arahan dikeluarkan Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Muhamad Mansor Muhamad Noh.
Persoalan yang bermain di khttp://www.blogger.com/img/blank.gifepala ini macam-macam:
1- MRSM ini difahamkan, baru saha siap dibina dan mula mengambil pelajar tahun ini.
2. Ia juga difahamkan, masih belum dirasmikan.
3. Ia dibina di atas bukit yang telah ditarah, dan yang runtuh ialah baki bukit tersebut.
4. Apa akan jadi kepada semua kumbahan penghuni., pelajar di MRSM ini apabila ia telah musnah. Ke mana ia akan disalurkan...
5. Samada saya ini tak nampak, atau sengaja tak nampak, tapi ke manakah pihak berwajib lain seperti JKR dan jabatan Geologi yyang sepatutnya berada di lokasi kejadian untuk membuat pemantauan dan penilaian.
No comments:
Post a Comment