YB AZMI KHALID (BN) ARAH POLIS TEMBAK AMARAN DAN TEMBAK KAKI PENJENAYAH SAHAJA ! BIAR BETUL !
Berita Harian
16 nov 2009
Lelaki mengamuk mati ditembak
KANGAR: Seorang lelaki bersenjata pisau yang mengamuk berhampiran pusat khidmat wakil rakyat Guar Sanji, dekat sini, hari ini mati ditembak selepas dikatakan menyerang seorang anggota polis yang cuba mententeramkannya.
Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa, berkata dalam kejadian pada jam 8 pagi itu, Mohamad Taufik Noorzan, 21, mengamuk dan mengancam untuk membunuh rakannya yang tinggal berhampiran pusat khidmat wakil rakyat itu. Polis melepaskan satu das tembakan amaran ke udara namun lelaki itu yang dalam keadaan tidak terkawal emosinya terus menyerang anggota polis menyebabkan satu lagi tembakan dilepaskan dari jarak dekat dan terkena badan lelaki itu, katanya.
.............................................. Salmiah turut mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya sehingga mati.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid, turut mempertikaikan kewajaran polis menembak Mohamad Taufik pada anggota badan yang tidak sepatutnya. "Saya tidak pertikai tugas polis tapi mengapa tidak ditembak bahagian kaki atau lepaskan sahaja tembakan amaran ke udara," katanya. - Bernama
Penghuni Gua : Dalam hal keselamatan, PG minta Azmi Khalid jangan cuba bermain politik dan cuba naik mencari populariti. Cukuplah pembangkang melakukan banyak perkara bodoh sebegini.
2. Azmi perktikai tindakan polis menembak mati lelaki berkenaan. Persoalnya, mengapa polis todak menembak amaran dan tidak menembak kaki sahaja. Mengapa menembak bahagaian yang boleh menyebabkan kematiannya ( mungkin kepala atau dada ).
3. Azmi Khalid ini tahu apa kehendak undang-undang ke? Dalam undang-undang tiada pun tercatat polis atau sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan dirinya atau diri orang lain atau hartanya atau harta orang lain perlu memberikan tembakan amaran. Tiada langsung. Selagi nyawa dan diri sendiri dan hartanya terancam , maka hak pertahanan persendirian sek 99 dan sek 100 Kanun keseksaan tetap berjalan dan sah sehingga mendatangkan kematian.
4. Juga tiada dalam mana-mana undang-undang, perlunya polis menembak kaki ke atau ditangan. hak pertahanan diri dan harta tidak menyatakan demikian.
5. Uniform polis dan amaran lisan polis sudah cukup sebagai amaran kepada semua mereka yang melakukan kesalahan untuk tidak melakukan jenayah tersebut. Dalam kes di atas, tiada apa yang salah kalau dibaca berita tersebut. Pihak polis sepanjang masa telah memberi amaran sepanjang masa sebelum penjenayah tersebut ditembak setelah menyerang polis.
6. Dalam hal ini, atas sebab yang menasabah dalam keadaan pada masa tersebut dan atas pertimbangan yang menasabah pada masa tersebut , pihak polis telah dengan betul dalam menembak lelaki berkenaan. Ini kerana ia bersenjata dan serangannya pada penilaian anggota polis berkenaan dengan menasabah boleh mendatangkan kematian kepada anggota polis ini atau pada orang lain.
7. Jadi mengapa Azmi begitu dungu sekali sehingga cuba mengajar polis agar melepaskan tembakan amaran dan menembak kaki atau memilih kawasan tubuh yang tidak mendatangkan kematian?
8. PG malas nak bincangkan lebih lanjut aksi-aksi dungu YB-YB begini samada pembangkang atau kerajaan yang kerap menjadikan polis sebagai kambing hitam dan cuba menjadi polis, mereka lah juga akan jadi hakim, mereka juga yang mahu menjadi pegawai penjara. YB jadi lah YB. Jangan cuba mengajar polis hal-hal sebegini. Nam[ak bodohlah kita sebagai YB. Nak cari nama pun carilah cara lain. Banyak lagi isu di Perlis yang belum selesai. Atau dicadangkan YB Azmi ini masuk aje PDRM jadi polis. Kemudian buat operasi menangkap penjenayah seperti cara yang YB cadangkan tersebut. Kita lihat apa akibatnya.................Nak?
9. Jadi sebagai rujukan, PG paparkan kes seorang anggota polis yang telah menembak mati seorang doktor ( bukan islam ) yang berada dalam gelap ( berkhalwat ) dengan seorang jururawat di dalam gelap ( malam ) di kawasan Sg Besi beberapa tahun dahulu.
10. Dalam kes ini, Mahkamah menegaskan anggota ini iaitu Tony Beliang adalah betul Tiada perlu tindakan amaran. Uniform yang dipakai itu pun sudah merupakan satu amaran. Lihat kes http://arifomar.blogspot.com/2009/11/yb-azmi-khalid-arah-polis-tembak-amaran.html
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment