Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, November 15, 2009

DASYATNYA SERANGAN UMNO ,DAH LA GUNA PELURU PLASTIK LEMBIK PULA

Dengan pergolakan BN yang bercampur2,bila komponen partinya tidak stabil melibatkan MCA,MIC ,PPP dan UMNO WP dan banyak lagi maka pimpinan tertinggi BN terpaksa arahkan askarnya menyerang musuh mereka PR dengan cara memkhinzirbuta dan tak tentu hala janji nak menutup kanser dan pekong UMNO dan komponen BN yang lain.
Sebab itulah banyak serangan mereka guna peluru dah masuk angin macam kes Azmin.Kes lama yang dah terjawab digunakan untuk meracuni pengundi muda dan remaja yang tidak tahu sejarah sebelum ini.

PETALING JAYA, Nov 14 — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menolak pendedahan bekas Ketua Pemuda MIC, S.A Vigneswaran kononnya beliau dan isterinya memperoleh saham RM8.5 juta awal 1990-an – ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan sambil menganggapnya “sebagai tidak berasas sama sekali.”

Sebaliknya, Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, perkembangan terbaru ini menunjukkan Barisan Nasional masih meneruskan serangan yang dimulakan terhadapnya pada 1998.

Azmin didakwa memperoleh saham-saham itu antara tahun 1992 dan 1994. Ketika itu beliau merupakan setiausaha peribadi kepada Anwar, yang merupakan Menteri Kewangan dalam tempoh tersebut.

Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Vigneswaran.

“Saya telah pun mengarahkan peguam saya untuk bertindak segera prosiding perundangan yang sewajarnya terhadap pihak yang membuat kenyataan dan melaporkan kenyataan fitnah tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, sejak 1998 beliau dan keluarganya sering menjadi sasaran fitnah bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga.

“Saya diburu oleh pihak berkuasa seperti polis, Badan Pencegah Rasuah dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjalankan siasatan mengenai perolehan harta saya.

“Malahan, alasan yang sama digunakan untuk menangkap dan menahan saya pada 16 September 1998 sehingga 22 September 1998. Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk butiran lengkap aset kami.

“Saya merasa kesal kerana apa yang berlaku hari ini menunjukkan Barisan Nasional tidak akan berhenti dari melancarkan serangan fitnah yang jahat untuk mengganggu keamanan dan ketenteraman saya dan keluarga,” kata beliau dalam kenyataan penafian hari ini.

Azmin memberitahu,”saya melihat tindakan jijik yang terancang ini adalah untuk mengaibkan dan mencemarkan nama saya dan isteri (saya).”

Tambah beliau, kenyataan berunsurkan fitnah dan berniat jahat itu jelas mempunyai motif politik bertujuan merosakkan reputasinya selaku Ahli Parlimen Gombak dan Naib Presiden PKR.

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.

Semalam, Vigneswaran yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia berkata, berkaitan pembelian saham mencecah RM8 juta melibatkan tiga invividu, termasuk Azmin dan isterinya pada awal 1990-an.

Vigneswaran mendakwa maklumat itu diperoleh menerusi satu dokumen yang diposkan ke rumahnya semalam.

No comments: