Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, November 15, 2009

SIASATAN PROJEK SETAN AMBIL MASA 5 BULAN ?

Kalau setakat keputusan Arah Kontraktor Asal bina semula stadium runtuh Terengganu tersebut,rasanya temanpun boleh buat tapi tak la lama sangat. Kalau teman buat keputusan dari penilaian itu keputusan tak sampai 1 bulan.Ini bukan kes bangunan dah siap lama dari tempoh siap tapi bangunan masih dalam tempoh jaminan.
Kes tiang MRR2 retak pula dapat perhatian berbeza dan istimewa, walaupun masih dalam tempoh jaminan dan akhirnya dibiayai kerajaan.Adakah disebabkan kroninya yang dapat tender tersebut.
Laporan terlalu memakan masa , mungkin ingin orang-ramai fed-up dan melupakan peristiwa tersebut.

Kabinet arah kontraktor asal baiki semula bumbung stadium runtuh.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan memutuskan kontraktor asal bertanggungjawab membaiki semula dan membaik-pulih struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA) di Gong Badak yang runtuh, Jun lalu.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata semua kos untuk kerja-kerja baik pulih itu dipertanggungjawabkan kepada kontraktor asal kerana stadium berkenaan masih dalam tempoh jaminan mereka.
“Kertas siasatan mengenai kejadian itu termasuk puncanya sudah dibentang dalam mesyuarat pasca-kabinet, 6 November lalu dan kabinet mengarahkan pihak kontraktor membaiki semula stadium berkenaan,” katanya selepas menutup Konvensyen Hala tuju dan Wawasan Gerakan Belia 4B(M) negeri Terengganu di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas butiran mengenai kos, tempoh yang ditetapkan untuk kerja-kerja baik pulih tersebut atau bentuk bumbung sama ada menyamai rekaan asal atau sebaliknya, kerana ia terletak di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Biarlah pihak JKR yang jelaskan mengenai perkara itu, tetapi kita berharap ia dapat dimulakan secepat mungkin dan stadium itu dapat digunakan kembali dalam masa terdekat demi kepentingan perkembangan sukan di negeri ini,” katanya.
Stadium berkenaan yang menelan kos hampir RM300 juta siap dibina Mei tahun lalu untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-12, runtuh di bahagian bumbung utama sebelah timur yang menempatkan tempat duduk awam dan tetamu diraja pada 2 Jun lalu.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu–Bernama

No comments: