Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, November 15, 2009

GIMIK PEMUDA UMNO KELANTAN GARA-GARA KETIADAAN ISU LALU TERUS MERAPU

Teman akan setuju tindakan Pemuda UMNO kalau mereka hantar memorandum semua kes seumpama Tok Guru ini dan yang melibatkan semua orang tanpa kira parti dan berkaitan samada pergi ke Disneyland ke? pergi Mekah ke ? melancung ke negara Arab ke? dapat komisyen beli senjata ,kapal terbang pejuang,kapal selam dan beli gerabak terpakai 20 tahun dengan harga RM30 juta dan kes-kes runtuh .
RANTAU PANJANG 14 Nov. — Pergerakan Pemuda UMNO meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRRM) menyiasat pengakuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditaja oleh pihak tertentu bagi menunaikan haji musim ini dengan bayaran RM65,000 seorang.
Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Afandi Yusoff berkata, tindakan tegas perlu diambil berdasarkan peruntukan yang ada memandangkan Mursyidul Am Pas itu mempunyai kuasa eksekutif dalam kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Pemuda UMNO Kelantan akan menyerahkan memorandum kepada SPRM pagi esok untuk mendesak siasatan disegerakan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Nik Abdul Aziz berkata, beliau membatalkan hasrat untuk menunaikan haji itu berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu telah diperbesar-besarkan oleh media. - Bernama

No comments: