Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, November 15, 2009

TUNTUT JANGAN TAK TUNTUT , HAK PELABUR YANG DULU DAH LEBUR

Biarpun jumlah mangsanya sebelum ini dikatakan ramai, tetapi hanya kira-kira 3,000 pelabur skim pelaburan haram Internet, SwissCash berpeluang mendapat semula wang pelaburan mereka seawal tahun depan.

Skim pelaburan yang mana 80 peratus disertai profesional lelaki dan pernah menggemparkan negara itu melibatkan pelaburan RM30 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Zarinah Anwar pada sidang akhbar mengenai perkembangan penyiasatan SwissCash di sini hari ini.

Menurut Zarinah, pembayaran itu dibuat berdasarkan penghakiman terhadap dua defendan Amir Hassan dan Albert Lee Kee Sien, perancang utama skim itu, pada 6 November lalu.

Semasa penghakiman itu mereka bersetuju membayar RM30 juta kepada SC dan wang itu digunakan untuk membayar pampasan kepada para pelabur skim berkenaan.

Zarinah berkata, pampasan yang bakal diberikan itu mengikut pelan persetujuan pengagihan yang diputuskan oleh mahkamah.

Berdasarkan perintah mahkamah, SC perlu melantik pentadbir dan mengiklankan di dalam akhbar makluman dan prosedur pembayaran, katanya.

"Kami ingin menegaskan bahawa hanya pelabur-pelabur yang layak dan mempunyai bukti pelaburan berhak mendapat pampasan tetapi individu yang menjadi perancang utama dan merekrut ahli dalam skim ini adalah tidak layak.

"Pampasan itu turut mengambil kira keuntungan yang diperoleh sebelumnya. Ini bermakna wang pampasan yang diterima adalah setelah ditolak dengan keuntungan yang pernah diperoleh pelabur.

"Kriteria lain yang diambil kira dalam proses pembayaran adalah pampasan juga hanya dibayar kepada pelabur yang membuat pelaburan sebelum amaran dikeluarkan oleh SC mengenai skim tersebut,'' jelas beliau.

Pada 25 September tahun lalu, SC telah mendapat perintah Mahkamah Tinggi membeku dan merampas akaun tiga defendan termasuk Dynamic Revolution Sdn. Bhd. berjumlah RM35 juta itu.

Sebelum itu, mahkamah turut mengarahkan Amir Hassan memindahkan semula kesemua wang itu yang disimpan di dalam enam akaun bank di Hong Kong dan lapan akaun di Singapura dipindahkan ke Malaysia. Ia merupakan kejayaan SC dalam kes penguatkuasaan sivilnya terhadap skim pelaburan Internet itu.

Kegiatan SwissCash yang menjanjikan dividen 300 peratus selepas pelaburan selama 15 bulan terbongkar kira-kira setahun lalu.

Difahamkan skim pelaburan haram itu menerima deposit antara RM380 juta dan RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.

Beliau menegaskan, mangsa-mangsa penyelewengan SwissCash diminta mengemukakan bukti pelaburan, kad pengenalan atau pasport dan bukti pembayaran bagi pelaburan yang dibuat melalui pemindahan telegraf, transaksi bank dan perbankan Internet.

Zarinah berkata, SC masih melengkapkan segala perincian penipuan itu setiap hari dan setakat ini, akses kerugian yang dicatatkan adalah sekitar RM31 juta.

Katanya, badan itu telah mula menerima pertanyaan berhubung skim tersebut sejak Januari hingga September 2006 tetapi hanya bertindak menyekat laman web itu pada Jun 2007.

"'Kami mengambil masa untuk menyekat laman web SwissCash kerana dalam tempoh berkenaan SC hanya menerima pertanyaan bukannya aduan penipuan.

"Tetapi pada 5 September 2006, SC ada mengeluarkan amaran kepada pelabur-pelabur dalam laman web rasmi SC ,'' ujar beliau.

Ditanya sama ada SC akan membayar pampasan kepada pelabur yang membuat pelaburan pada dan selepas tarikh tersebut, Zarinah berkata:

"Kemungkinan pelabur tidak akan dibayar pampasan tetapi SC akan mencadangkan tempoh tertentu untuk memastikan pelabur yang tidak menyedari akan amaran itu layak diberikan pampasan.''

Zarinah mengingatkan pelabur tempatan supaya berhati-hati ketika membuat pelaburan dalam skim seperti SwissCash yang menjanjikan pulangan tinggi luar biasa dalam tempoh singkat.

"Ini adalah Skim Ponzi, yang mana pulangan dibayar kepada pelabur awal daripada pelaburan yang dibuat oleh pelabur-pelabur lain.

"Skim seperti ini pasti akan mengundang kerugian, pelabur- pelabur bukan sahaja tidak akan menikmati pulangan yang dijanjikan tetapi juga kehilangan pelaburan prinsipal,'' kata beliau.

Beliau menegaskan, para pelabur skim-skim haram tidak boleh pada bila-bila masa mengharapkan badan pengawas selia kewangan memulangkan semula wang pelaburan mereka seperti kes SwissCash.

"Dan, bukan semua kes berjaya diselesaikan seperti SwissCash,'' tambahnya.

- UTUSAN

1 comment:

Ayid said...

Kedu-duanya DUNGGU.