Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 23, 2009

SPRM SPRM mmm mmm rm rm ...


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tidak boleh lagi menyoal siasat saksi hingga ke malam berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa soal siasat hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan bahawa Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan penyiasatan terhadap seseorang saksi sepanjang hari dan malam.
Pokoknya 'SPRM penyiasat kes diluar waktu pejabat adalah menyalahi undang undang negara'. Menyiasat kes rasuah hingga ke pagi, ini juga melampaui dari batas hak kemanusiaan. Menyiasat kes rasuah hingga ke larut malam sampai ke pagi hari merupakan suatu penganiayaan, penderaan, penyiksaan batin, tekanan batin kepada manusia agar tertuduh bercakap bohong untuk melepaskan diri dari tekanan atau bertegas hingga mati. Ini merupakan suatu pencabulan hak kemanusiaan.
Mungkin apa yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock telah jadi amalan SPRM kepada semua orang, esok anak anda ,kita pula dilakukan sebegini.Sedemikian apa kata hati anda? Adakah perlu rakyat biarkan sahaja SPRM bermaharaja lela memberi hukuman seseorang sebelum dibicarakan di hadapan hakim? Memaksa mengambil siasatan ke atas seseorang selepas waktu pejabat adalah suatu penderaan.
Misteri kematian Teoh akan tetap diingati oleh seluruh rakyat yang punya hati, perasaan kemanusiaan dan rakyat tentunya tidak akan lupa kematian misteri Teoh Beng Hock akan sampai ke PRU13 akan datang sebagai penentu sikap SPRM yang semakin hari semakin terserlah kekejaman dan keganasannya terhadap tertuduh 'dianggap sudah bersalah' sebelum hakim memutuskan tertuduh bersalah.
Teringat kes dua orang YB PKR di Perak dituduh rasuah diburu oleh SPRM dan akan didakwa oleh SPRM.Tiba-tiba jadi Bebas dan sokong BN pula. Kerajaan pun bertukar tangan kepada Kerajaan BN. Seterusnya mahkamah di Perak buang bicara, mereka tidak rasuah pula.
Beginilah biasanya kerja-kerja SPRM .YB-YB PKR dan Pakatan diburu dan nama-nama mereka disiarkan dalam TV3 untuk ditakut-takutkan supaya cari jalan selamat menyertai BN atau jadi bebas sokong BN. Kemudian kes tutup atau mereka menang bicara yang diatur. Semua orang tahu cerita wayang berkulit ini.
BILAKAH Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah untuk memberi keterangan berhubung pemilikan aset hartanah yang melebihi kemampuannya sebagai seorang menteri Kabinet Sabah?
Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zainuddin Hassan ketika menghubungi Sabahkini.net daripada Sandakan menegaskan bahawa beliau dimaklumkan melalui sumber rapat dengan menteri kabinet berkenaan bahawa Raymond Tan memiliki lebih sepuluh buah rumah bernilai RM20 juta.
“Kita mengesan Raymond juga memiliki dua buah bungalow mewah bernilai RM3.3 juta seunit di D’Banyan Sutera Harbour selain rumah mewah di Taman Tyng Sandakan dan Liang Court Kota Kinabalu,” dakwa Zainuddin yang memaklumkan akan membuat pendedahan jika SPRM berminat untuk menyiasat pemilikan harta luar biasa yang tidak diisytiharkan kerana kebanyakannya dibuat atas nama proksi.
Kata Zainuddin, hanya 14 Unit Villa Petrusa tiga tingkat di D’Banyan Sutera Harbour bernilai antara RM3.115 juta sehingga RM3.983 juta setiap unit seluas 626 meter persegi atau 6,743 kaki persegi adalah villa mewah yang mempunyai kelengkapan serba canggih.
Perkara ini bukan lagi rahsia, kata Zainuddin, namun SPRM tidak mempunyai mekanisme untuk mengesan kepentingan Raymond dan pemilikan harta yang dibuat daripada sumber yang diragui.
“SPRM hanya dilatih untuk memburu pemimpin pembangkang namun menjadi kucing siam peliharaan pemimpin BN. Mereka hanya menghabiskan wang rakyat, apatah lagi tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat sebelum atau selepas waktu pejabat,” ujar Zainuddin lagi yang menekankan betapa mewahnya Raymond walaupun hanya menjadi Menteri Kabinet atau bertaraf Exco sahaja.

No comments: