Teman yang ada berulang-alik dari Pahang dan Selangor ada mendengar citer kedai kopi tentang MB Pahang akan ditukar.Tapi dah mangli, sebab banyak kali berita angin dan sosek sebelum ini tapi tidak menjadi,sedemikian teman dengorkan saja ler.Yang terbaru mereka borak-borak kedai kopi kata Najib perlu menjaga kawasan Parlimennya dengan teliti dan baik.Mungin Najib anggap asal beliau menang kira ok la, dengan sebab itu beliau dijangka akan beri peluang adun dari kawasan Parlimennya untuk jadi MB Pahang selepas ini.Dapatlah test market sebelum PRU13.
Sosek-sosek politik di Pahang bakal digemparkan selepas sosek-sosek kabinet Najib akan dibubar sedikit, kerana desus angin perubahan akan berlaku dalam masa terdekat ini. Perkhabaran yang diterima daripada puak-puak UMNO Pahang, jelas menggambarkan bahawa kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang sedia dirombak penghujung tahun ini. Ada kemungkinan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob , bakal dihantar sekali lagi ke pusat atau dibersarakan?Tempatnya akan digantikan oleh pemimpin baru bagi menerajui Pahang. Tindakan ini dikatakan berlaku berasaskan kepada prestasi yang dinilai melalui KPI Najib Razak, selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Sebelum ini memang terdapat laporan bahawa kepimpinan UMNO dibeberapa buah negeri akan ditukar. Ini kerana Najib melihat, banyak kepincangan dan kekurangan yang berlaku bakal menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Maka itulah juga yang berlaku kepada Adnan Yaakob di negeri ini. Selama 12 tahun mentadbir, negeri Pahang senantiasa diambang "kebangkrapan", malah bajet negeri juga tidak pernah keluar daripada istilah "defisit" saban tahun. Maknanya, tidak ada agenda perubahan besar yang dibawa untuk membangunkan negeri ini. Apa yang selalu kita dengar ialah kes-kes kehilangan hasil mahsul kerajaan yang dirompak secara "smart" oleh kroni-kroni UMNO itu sendiri. Lihat sahaja apa yang berlaku dengan hasil hutan, tanah, bijih besi, emas pertanian dan banyak lagi yang digeladah sesuka hati oleh "lanun-lanun negara" ini. Mereka menggunakan kuasa untuk menghalalkan cara. Mereka fikir, segala khazanah dan kekayaan itu adalah "milik bapak mereka" agaknya. Inilah yang menyebabkan kredibiliti ketua negeri, iaitu MB Pahang sendiri dianggap telah gagal meyakinkan rakyat sebenarnya.Ini belum kira saman yang diterima berjuta ringgit melibatkan MB sendiri yang kalah dalam perbicaraan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment