Mungkin UMNO Kulai tak perasaaan bahawa Kerajaan Negerinya sendiri di bawah pimpinan MB UMNO telah mengikuti jejak langkah proaktif Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat dan penasihat Ekonominya ialah Dato Seri Anwar Ibrahim, di mana rakyat Selangor diutamakan bila diberi air percuma 20 meter padu setiap bulan.
Untuk rakyat, MB UMNO tidak perlu malu meniru cara Negeri PR mentadbir, mana yang elok untuk rakyat jangan dikutuk bila rakyat yang dapat manafaatnya.
Dan UMNO Kulai dan mana-mana di Johor wajar menerima DSAI berceramah di Johor.Sepatutnya UMNO dan rakyat Johor harus datang ke ceramah Anwar dan buat banyak soalan dan minta penjelasan dan idea-idea yang baik untuk rakyat Johor yang dulunya dikenali rakyat paling kuat UMNO di Malaysia.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan ceramahnya di Kulai, Johor malam tadi ekoran bantahan Pemuda Umno.
Anwar dalam kenyataannya menyebut ekoran bantahan kira-kira 30 ahli Pemuda Umno polis daerah menarik balik permit yang telah pun dikeluarkan.
Turut dijadual berucap bersama Anwar ialah bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng yang menyertai PKR pertengahan tahun ini.
"Ceramah saya dan Datuk Chua Jui Meng di Kulai terpaksa dibatalkan kerana permit yang telah pun dikeluarkan, ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno. Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah," katanya.
Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang di Parlimen menambah, alasan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah ternyata tidak masuk akal.
"Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran Umno, maka ia akan dibatalkan?
"Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai.
"Tidak wajar polis mengikut telunjuk Umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap," kata Anwar.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment