Setelah media masa menyerang MB Selangor dan Ketua Menteri Pulau pinang menemui jalan buntu tiba-tiba strategi semua media massa arus perdana menyerang bertubi-tubi dan bertali arus disebabkan ketakutan yang amat gerun bila cadangan dari bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim disambut baik oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.
Rupanya cadangan Zaid Ibrahim menjadikan Dato Nik Aziz jadi ketua menimbulkan tidak keruan pada UMNO dan keadaan menjadi tidak tentu arah! Serangan dipancarkan melalui menantu Dato Nik Aziz. Dan terkini isu doa Dato Nik Aziz cuba dipetaralam oleh media dalam meminta simpati sokongan rakyat dan selari dalam menutup kes-kes dan isu bapak rasuah yang sedang disiasat dan ditekan oleh Pakatan Rakyat.
Rakyat tahu pelbagai usaha sebenarnya telah dibuat, sejak berpuluh tahun dahulu untuk membunuh ikon penentang kebatilan di Malaysia ini.Namun kerja itu gagal.
Malahan, semenjak TG Nik Aziz menjadi MB Kelantan, Umno sudah banyak kali bertukar ketua di peringkat negeri. Antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Mustapa Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Malahan, suatu ketika apabila Mustapa menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden ketika mengetuai Umno Kelantan, perwakilan Umno mengejeknya dengan kata-kata, “Nak jadi Naib Presiden macam mana, Kelantan pun tak boleh selesai!”
Tapi sekarang, macamna pemimpin UMNO Kelantan nak jadi calon MB Kelanatan kalau mereka ini adalah penentang hak royalti minyak bagi rakyat Kelantan?
Nampaknya, ketika tiada pemimpin Umno Kelantan yang boleh diangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam Umno, masing-masing terkejut dengan cadangan Zaid Ibrahim yang mahu melihat Pakatan Rakyat yang jika diluluskan pendaftarannya – gabungan antara Pas, KKR dan DAP – diterajui TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Di kalangan orang-orang Umno, di peringkat pertengahan dan bawahan, memang mengkagumi TG Nik Abdul Aziz. Mereka bukan tidak membaca media massa arus perdana tetapi mereka enggan mempercayainya.
Inilah yang merisaukan kepimpinan Umno. Ketika pucuk pimpinan mereka menyerang TG Nik Aziz, pengikut-pengikutnya di bawah, tidak tergamak berbuat demikian. Malahan, dua-tiga orang blogger UMNO/BPN menulis kekesalan kenapa isu TG Nik Aziz mahu ke Makkah dijadikan isu besar dengan campur tangan SPRM sedangkan rakyat mahu mengetahui perkembangan PKFZ dan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara?
Umno dan kepimpinan BN sudah dapat merasakan jangka hayat Umno dan BN sudah sampai ke penghujung jalan.Sedemikian menerusi Ketua Penerangan UMNO yang baru tindakan melulu dan merapu akan dilakukan agar UMNO/BN berjaya.
Oleh itu pemimpin & penyokong Pakatan Rakyat dan blogger PR harus bersatu hati dan jitu dalam usaha menjatuhkan Kerajaan BN pada PRU13 dan persetankan persoalkan isu media UMNO/BN menyerang integriti Menteri Besar Pakatan Rakyat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment