Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 30, 2009

ADAKAH 2,220 WARGANEGARA BARU INI STRATEGI PILIHAN RAYA UMUM KE 13 NANTI ?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kira-kira 2,220 permohonan daripada 3,335 pemohon kalangan kaum India untuk mendapatkan kewarganegaraan dan taraf penduduk tetap Malaysia telah diluluskan oleh Kementerian dalam Negeri.
Permohonan itu diluluskan memandangkan pemohon menunjukkan taat setia mereka kepada negara ini, dan ada di antara mereka yang telah pun menunggu selama bertahun-tahun untuk menjadi rakyat Malaysia, katanya pada majlis jamuan malam anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di sini malam Jumaat lepas.
Teman harap Pakatan Rakyat dapat mengesan di mana tempat tinggal dan tempat mereka mengundi.Kita boleh lihat strategi Najib jika nama-nama ini akan termasuk dalam daftar SPR suku ke 4 pada bulan Disember ini
Najib berkata mereka juga telah bekerja keras untuk mencari rezeki di negara ini dan oleh itu, mereka banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.
Beliau turut menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya mempercepatkan proses meluluskan permohonan yang tertunggak oleh kaum India bagi mendapatkan status penduduk tetap dan warga negara.
“Saya telah meminta kementerian supaya meneliti masalah yang mempunyai kaitan dengan permohonan mendapatkan kewarganegaraan bagi penduduk tetap dan masalah lewat pendaftaran yang dihadapai oleh kaum India.
Beliau berkata kementerian berkenaan perlu menyelesaikan kes-kes tertunggak, dan perlu sentiasa mengumumkan keputusan yang dibuat berhubung perkara itu dari semasa ke semasa.- BERNAMA

No comments: