

Baru-baru ini, kita berasa amat terganggu tatkala menonton iklan terkini syarikat penerbangan tambang murah negara, Airasia di televisyen. Ia bersifat sangat kasual, cheeky dan boleh dianggap sebagai satu gurauan seperti yang dimahukan oleh pengarahnya, Yasmin Ahmad. Tetapi subjek yang menjadi tumpuan iklan itu sangat memalukan dan menjadi promosi murahan bukan sahaja terhadap Airasia, malah Malaysia sendiri.
Tidak lain dan tidak bukan, punggung pramugarinya!
Kita semua sedia maklum dengan pakaian seksi yang menyeksa si pemakainya di kalangan krew perempuan Airasia. Terfikir juga saya, sesuaikah pakaian itu untuk menyelamatkan penumpang sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan udara? Atau penumpang pula yang terpaksa membantu pramugari yang terkial-kial dengan skirt ketat mereka.
Tetapi dengan iklan Airasia terbaru itu, ia memberitahu penumpang supaya setiap kali menaiki pesawat Airasia, jangan lupa kepada punggung pramugarinya,
Bulan ini sahaja sudah beberapa kali iklan Air Asia yang berunsur lucah itu, menggambarkan susuk tubuh pramugarinya disiarkan di stesen-stesen TV swasta namun tiada sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Penerangan berhubung hal tersebut.
Malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga dilihat tidak sensitif dengan eksploitasi yang dilakukan oleh syarikat penerbangan terhadap wanita dalam iklan itu sehingga tiada sebarang reaksi balas kementerian sehingga kini.
Lebih mendukacita, iklan terbabit menggunakan seorang kanak-kanak lelaki sebagai subjek atau watak utama untuk 'menghayati' bentuk badan pramugari wanita sebagai galakan untuk naik dan menggunakan khidmat syarikat penerbangan tambang rendah itu.
No comments:
Post a Comment