Terkini...Ketua Bahagian Umno Dah Kaya..Dapat lagi Tanah Kg Tersusun..
Ini cerita baru yang wa dapat,paparan tentang individu yang terpilih untuk mendapatkan tanah di Rancangan Kampung Tersusun Sungai Itek Gopeng telah pun dipaparkan di Pejabat Penghulu Gopeng seperti gambar diatas..
Apa lagi..meletup habis bro..orang yang betul-betul susah,tiada rumah dan tanah dan dah tinggal di kariah Gopeng berpuluh tahun tetapi masih gagal untuk mendapatkan tanah tersebut.Inikah
kerja-kerja Umno dan BN yang mendahulukan Rakyat???
"Macam mana boleh ada kuota "Ketua Umno Bahagian Gopeng" untuk mendapatkan tanah ini,"tanya seorang penduduk,semasa sedang melihat senarai nama yang mendapat tanah tersebut.
"Ketua Bahagian Umno udah kaya raya pun dapat lagi tanah, macam ini tak boleh jadi,"katanya dengan nada marah,dan terus berlalu.Apabila wa meneliti senarai yang mendapat tanah tersebut,wa yakin akan berlaku protes besar-besaran kerana memang nyata dan sahih mereka yang dapat tanah tersebut sudah mempunyai banyak tanah dan hidup mewah..
No comments:
Post a Comment