Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, November 29, 2009

BN TAMBAH KELAM HADAPI TAMPARAN TANPA HENTI DARI DALAM

BN cuba menutup bau bangkai dari kudis buta komponennya yang hampir menjadi barah tidak lama lagi dengan membuat isu menghentam dan menyerang Tok Guru Nik Aziz .
Tidak perlu diandaikan lagi kerana semuanya memang benar-benar terjadi bila MCA,MIC dan PPP tidak mesra ahli dan parti lagi.
Terbaru, presiden sah PPP ,M Kaveas menyarankan T Murugiah letak jawatan sebagai Timbalan Menteri kerana semasa mendapat jawatan itu beliau(T Muru) masih ahli PPP.Tetapi kini T Muru disahkan Presiden Parti PPP yang tidak sah.Habis Najib tentu rasa tertampar dek perangai M Kaveas dan T Muru ini yang tak habis bercekau tanpa tanda-tanda nak berhenti.
Begitu juga MCA bila presidennya tidak terima deklarasi 1128 MCA yang ingin melakukan pemilihan semula Ahlijawatankuasa Pusat(CC) yang baru dalammasa 60 hari.
Ong Tee Kiat akan terasa dirinya tidak Ong lagi bila 1,600 wakil setuju pemilihan baru dibuat dalam masa 60 hari.Mana formula Najib? Teman yakin tiada formula terbaik kerana hanya pemilihan semula sahaja formula terbaik .
MIC juga secara senyap mengalami keretakan dalaman bila sukar menerima kuasa yang masih didominasikan Samy Vellu.
Sedemikian BN melalui parti terbesarnya UMNO cuba menutup keretakan dan kelemahan dengan membuat isu lemah dan hanya diperkuat oleh media dengan melancarkan serangan terhadap Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat.

No comments: