
Rakyat Kelantan boleh bersatu tak kira warna kulit ataupun perbezaan politik kerana bola final tetapi kenapa tidak terus bersatu beramai-ramai bantah penukaran wang royalti minyak kepada wang ehsan?
Pemberian wang ihsan dalam bentuk projek pembangunan itu bertentangan dengan akta petroleum 144 yang memberikan peruntukan 5 % kepada negeri pengeluar minyak.
"Kelantan akan terus memperjuangkan hak royalti atas dasar federalisme.
"Mana perginya slogan keramat 1 Malaysia rakyat didahulukan.Teman setuju bila YB Mahfuz Omar mencadangkan satu tindakan undang-undang diambil oleh kerajaan Kelantan terhadap kerajaan pusat seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu.
"Sedangkan dalam perjanjian tidak pun disebut dan ditulis wang ihsan tetapi wang royalti."kata beliau lagi.Mengapa Najib terlalu takut untuk mengambil tindakan yang bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Dr. Mahathir,sedangkan ini adalah untuk kepentingan dan hak rakyat Kelantan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata 60,000 orang penyokong pasukan bola sepak negeri itu akan berada di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi melihat pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa bagi negeri Kelantan sebagai meraikan kejayaan pasukan bola sepak negeri itu melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat exco hari ini.
Dengan sokongan pemimpin kedua-dua buah parti politik yang saling bersaing di negeri itu, apakah alasan lagi untuk Kelantan tidak mampu membenamkan Negeri Sembilan pada Sabtu ini?
No comments:
Post a Comment