Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 5, 2009

IKAN BILIS DIBICARA DI MAHKAMAH SESYEN,IKAN PAUS CUMA JAWATANKUASA DISIPLIN


Bila Isa Samad beri rasuah (rasuah politik kalau rujuk fahaman UMNO) beribu-ribu RM ,beliau dibicarakan oleh ahlijawatankuasa didiplin.Tetapi kenapa S/U Cawangan UMNO ini rasuah RM1,000 dalam kempen pemilihan dibicarakan di Mahkamah sesyen pula.Mungkin ini bukan politik wang kut?

Pemimpin Umno dituduh sogok RM1,000

Bekas setiausaha Umno Wangsa Maju dituduh di Makamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada ketua cawangan Taman Melati sebagai dorongan supaya beliau dicalonkan untuk layak bertanding jawatan ahli jawatankuasa bahagian itu tahun lalu.

Ramli Abdul Manan, 50, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan wang suapan kepada Amir Saad, 50, di Dewan Aktiviti Masyarakat Taman Melati Kawasan 8, Setapak pada 8 Nov, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.

Jika disabitkan, Ramli boleh dipenjara sekurang-kurangnya 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Ramli, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 memandangkan beliau kini tidak bekerja.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Dis untuk sebutan semula kes. BERNAMA

1 comment:

anakmuaallaf said...

sebabnya pintu mahkammah sesyen kecil.Perasuah ni badan besar tak muat nak masuk..jadi untuk tutup kebesarannya maka bawalah kesnya ke j/kuasa disiplin....