Ayat yang telah teman kunci dari kenyataan PM ialah "minta bonus dalam keadaan ekonomi belum pulih adalah menjadi kesalahan moral"
Sepatutnya PM yang memperkenalkan 1MALAYSIA dan dahulukan rakyat harus layan atau pertimbangkan permintaan CUEPACS yang mewakili 1.6 juta kakitangan/pesara yang merupakan rakyat Malaysia.
Takkan minta bonus masa ekonomi belum pulih dicop kesalahan moral.Apa salahnya Pm pertimbangkan bayaran wang khs RM500 semua kakitangan sahaja.
Datuk Seri Najib Razak tempohari membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya. Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian. “Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.
“Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam. Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya. Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bayaran khas RM500 untuk kakitangan awam kumpulan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib.
No comments:
Post a Comment