Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 12, 2009

LAGI LAKUNAN PELAGAK NGERI SEORANG AHLI PARLIMEN HARAPAN

Teman memang setuju Ahli Parlimen ini mendesak SPRM untuk menyiasat pembelian gerabah secondhand dan berumur 20 tahun yang dibeli oleh KTMB denga harga RM33.5 juta.
Tapi mengikut kawan teman UMNO ,pernah beliau menjelaskan bahawa 3 orang Ahli Parlimen masa ada Md SAid AP Melaka (Yg terkenal dengan kes tutup mata sebelah dengan Imegresen pasal jual kayu balak),AP Sri Gading dan AP dari Sabah (Cari sendirilah).Memang mereka masa tu three stooges ni ditugaskan sebagai pelakun ,penyalak bukit dan penanya soalan mendahului pembangkang.Dengan cara ini pihak pembangkang kurang dapat tonjolkan soalan dan BN dapat kredit dari media.
Yang tak bagusnya ,akhirnya kes ini diam begitu saja macam kes pembelian Kapalterbang pejuang secondhand dan kapalselam terpakai.

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Kementerian Pengangkutan menafikan pembelian empat set tren Diesel Multiple Units (DMU) terpakai pada harga RM30 juta lebih mahal berbanding yang dibeli oleh Costa Rica dan Argentina.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu menyebut, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membeli DMU pada harga Euro 1.492 juta (RM7.56 juta) setiap set berbanding Euro 2 juta (RM10.14 juta) oleh kedua-dua negara terbabit bagi setiap set.

Kenyataan itu juga menyebut harga sebenar bagi pembelian empat set DMU terpakai oleh KTMB adalah Euro 6.6 juta (RM33.5) juta.

"Ini bermakna pembelian DMU terpakai oleh kerajaan adalah lebih murah berbanding kedua-dua negara itu, tidak seperti dibangkitkan oleh beberapa ahli Parlimen semalam,'' kata kenyataan itu.

Pada sidang Dewan Rakyat semalam, beberapa Ahli Parlimen menyifatkan pembelian empat set tren DMU terpakai yang berusia 20 tahun pada harga RM30 juta tidak masuk akal apatah lagi usia DMU berkenaan sudah hampir 'putus darah'.

Kemuncaknya apabila Datuk Mohamad Aziz (BN-Seri Gading) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Kementerian Pengangkutan berhubung pembelian berkenaan.

Kenyataan kementerian menjelaskan, setiap set DMU terpakai itu mempunyai dua koc penumpang bertujuan menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak di Lembah Klang.

"Tempoh penghantaran DMU terpakai adalah lebih singkat berbanding perolehan set tren yang baru dan dapat menangani masalah itu,'' katanya.

No comments: