KUALA LUMPUR: Kemelut dalaman MCA yang kini berlarutan dibimbangi boleh menyebabkan parti itu digantung pendaftarannya, kata Ketua MCA Bahagian Tapah, Datuk Seri Ong Ka Chuan.
Beliau berkata, pemimpin parti sepatutnya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada Umno yang digantung pendaftarannya pada 1988.
"Kalau kita tidak selesaikan perkara ini dengan sebaik-baiknya, saya bimbang MCA bukan saja menghadapi masalah keyakinan daripada rakyat, malah mungkin kita (MCA) juga akan menghadapi masalah teknikal sepertimana Umno telah digantung pendaftaran, kalau kita tak berhati-hati," katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Ong yang juga bekas Setiausaha Agung MCA, menasihatkan pemimpin agar melihat kembali punca masalah yang timbul dalam parti itu sebelum ia menjadi semakin rumit.
"Masalah asal adalah ada EGM (10 Oktober) dipanggil kemudian keputusan tidak dihormati, kemudian (ada) dua timbalan presiden, secara teknikal akan menjadi semakin besar, sampai satu hari apa terjadi kalau di luar kawalan sesiapa pun, maka kita mungkin hadapi masalah teknikal," katanya.
Ong yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berpendapat campur tangan ROS menyebabkan imej parti itu tercalar kerana ia menunjukkan pimpinan MCA tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah itu.
Beliau menyokong cadangan 16 anggota Jawatankuasa Pusat untuk diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 28 November ini sebagai jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis dalaman parti.
"Pemilihan baru dengan mengadakan EGM adalah langkah bijak dengan menyerahkan kuasa kepada 2,380 perwakilan untuk menyuarakan pendirian dan sokongan masing-masing," katanya. - Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment