Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 12, 2009

KENYATAAN DARI MENTERI KEWANGAN YANG DISAMBUT DINGIN OLEH PEJUANG ISLAM UMNO ?

DARIPADA : DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN
(PENDANG)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 11.11.2009
SOALAN NO : 38

Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman ( Pendang ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah orang-orang Islam yang terlibat sebagai Pengarah syarikat berkaitan arak dan judi di dalam Negara Malaysia.

JAWAPAN :

Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 117 orang Pengarah Syarikat berkaitan arak yang beragama Islam dan tiada orang-orang Islam yang terlibat sebagai pengarah syarikat judi di Negara ini.


Itulah jawapan yang ana dapat pada hari ini , amboi mak ah ,sampai 117 orang yang jadi pengarah syarikat arak yang telah jelas termaktub dalam al Quran akan haramnya dan jelas kalau dah haram tu, maka benar dan sesuailah bila kita lihat hadis nabi menyatakan bahawa setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka api neraka adalah lebih aula lagi baginya.

Itulah agaknya bila kita nak kawal pasal arak ni, heboh seluruh pelusuk alam bising hal ini kerana bukan sahaja yang bukan Islam, tetapi yang mengaku Islam pun tumpang cari rezeki dalam kilang tu.

Itu dikalangan yang jadi pengarah, tetapi yang jadi pekerja tentulah lebih ramai lagi agaknya. Sampai dulu pada satu ketika pernah ana dengar ada persatuan Islam didalam kilang arak yang menjemput ceramah agama didalam kilang arak ini daripada seorang penceramah terkenal tanah air .

No comments: