Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, October 6, 2009

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN BERMASALAH AIR PAIP


Khamis, 2009 Oktober 01
52 tahun negara sudah Merdeka, 25 tahun menjadi Wilayah Persekutuan namun kemudahan asas yang diperlukan oleh warga Labuan masih bermasalah. Kira-kira 85 ribu penduduk Labuan hari ini menjalani kehidupan harian seperti pada tahun 70-an dan 80-an, dan yang lebih menyedihkan kehidupan ini turut dikongsi oleh kira-kira 4 ribu warga pelajar yang rata-ratanya berasal dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan beberapa negera lain seperti China, Brunei dan Hong Kong.

Fakta yang disiarkan oleh media berhubung isu Air ini diLabuan permintaan air ialah sekitar 56 juta liter sehari, namun bekalan yang tiba hanya sekitar 42 juta liter masih kekurangan sebanyak 25 peratus. Daripada 42 juta liter itu pula, 10 juta liter adalah untuk kilang Methanol Petronas yang beroperasi pada awal tahun ini, yang tinggal untuk pengundi kerajaan ialah hanya 32 juta liter sahaja.


Ulasan Gagak :- Cuba kita renung pada fakta tersebut, jika semua bekalan 42 juta liter disalurkan kepada pengundi kerajaan masih ada kekurangan sebanyak 14 juta liter. Yang hairannya, bagaimana pihak bertanggungjawab dalam pembinaan loji Methonal boleh memberikan 10 juta liter air secara terus melalui saluran paip tanah besar Sabah kepada loji Petronas. Siapa yang perlu diutamakan Rakyat Didahulukan atau projek yang Diutamakan. Gagak belum lagi kaitkan dengan projek Penjara dan projek pembangunan yang sedang rancak dalam pembinaan ketika ini.

Kenyataan dari Menteri Wilayah baru-baru ini, beliau akan berbincang dengan Presiden Petronas berhubung perkara ini. Jabatan Bekalan Air Labuan pula cakap, 16 saluran perigi sedang dibina oleh Sime Darby Bhd antara lokasinya ialah di Tg Aru dan Kerupang untuk menyalurkan air ke empangan air bawah tanah Labuan. Perigi ini boleh menghasilkan 10 juta liter air untuk tempoh 3 bulan. " Penuaian hujan " juga antara yang dicadangkan. Pengarah UMSKAL juga telah mencadangkan penyulingan air laut, kertas cadangan sudahpun dihantar ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Ulasan Gagak :- Persoalannya kenapa pihak bertanggungjawab dan pemimpin orang Labuan tidak memikirkan perkara ini sebelum sesuatu projek pembangunan dilaksanakan. Bukankah asas kepada sosiologi pembangunan sesuatu kawasan perlu mengutamakan keperluan asas seperti air dan tenaga. Sekali mana yang perlu diutamakan, Rakyat Didahulukan atau Projek yang Diutamakan. Dan yang paling hairan bin ajibnya tu, kenapa tidak ada pemimpin BN dan UMNO yang mahu sedekahkan tangki air kepada pengundi yang terjejas. Bukankah sekarang masa yang cukup sesuai untuk menyalurkan bantuan tangki air kepada penduduk.

Isu Air di Labuan bukanlah perkara yang baru, satu ketika dahulu warga dan pengundi kerajaan di Labuan menyuarakan masalah bekalan air yang keruh. Pihak yang bertanggungjawab membuat kenyataan rungutan pengguna akan diatasi. Namun yang menyedihkan masalah air keruh bertukar kepada masalah tiada air. Aduh! sedihnya nasib pengundi Labuan.

No comments: