UMNO/BN terpaksa juga akur dengan tekanan yang diterimanya daripada UMNO Bahagian Teluk Kemang yang mendesak agar Ketua Bahagian mereka itu dijadikan calon di dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.(Kenyataan dari orang UMNO)
Senario keterpaksaan ini sedikit sebanyak akan mendedahkan tembelang betapa UMNO telah tersilap menjatuhkan hukuman kepada Tan Sri Mohd. Isa yang ketika itu merupakan Naib Presiden UMNO (terkanan) yang mengatasi kedudukan Mohd. Ali Rustam dan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Begitu juga jika Isa tidak dipalitkan dengan kesalahan politik wang itu (BUKAN RASUAH?) barangkali kerusi Timbalan Perdana Menteri sekarang bukannya milik Muhyiddin Yassin. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam Naib Presiden UMNO pula yang mengatasi kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah Tan Sri Isa dijatuhkan hukuman gantung keahliannya sehingga tergugur semua jawatannya di dalam parti, telah mendorongkan dirinya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO di dalam musim pemilihan parti yang telah tertunda sehingga Mac 2009 yang baru lalu.
Impian Ali Rustam juga berkecai! Belum pun sempat masuk ke gelanggang namanya telah disekat di pertengahan jalan angkara disabitkan dengan gejala 'politik wang' yang bukannya RASUAH!? Ali Rustam telah dilarang bertanding jawatan No. 2 di dalam parti itu, sekaligus telah memusnahkan harapannya untuk dinobatkan sebagai orang nombor dua kepada Perdana Menteri sekarang. Sekali lagi yang menghukumnya bukan PKR, bukan PAS, bukan DAP tetapi partinya sendiri, yang berjenama UMNO telah menyekat kemaraan tokoh-tokoh yang bernama ISA SAMAD dan ALI RUSTAM.
Tan Sri Muhyiddin Yassin jugalah yang beruntung di sebalik hukuman terhadap pengamal politik wang yang membabitkan Isa dan juga Ali itu. Penyandang Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia ini boleh tersenyum lebar kerana dirinya tidaklah seburuk tokoh-tokoh yang telah diaibkan itu. Dalam artikata lain, Muhyiddin Yassin adalah Timbalan Presiden UMNO yang BEBAS dari gejala politik wang (TIDAK RASUAH?). Itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh UMNO, maka sebab itu UMNO telah MENOLAK Tan Sri Mohd. Isa Samad dan juga Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
UMNO mahu dilihatkan serius untuk menangani gejala politik wang yang dianggap jijik itu. Maka sebab tu Lembaga Disiplin UMNO tidak mahu berkompromi lagi sehingga mereka sanggup menggantung keahlian Isa di dalam UMNO selama 3 tahun dan melarang Ali Rustam meneruskan hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Penyingkiran mereka ini walaupun telah dikambing hitamkan, namun semua orang tahu banyak lagi ikan-ikan paus yang tidak tertangkap, yang habitatnya suka dengan permainan politik wang yang bukan rasuah.
Begitulah seksa dan aibnya Isa Samad yang telah dimalukan oleh partinya sendiri sebagai 'pengamal politik wang' yang dianggap oleh PAS di Bagan Pinang sebagai PERASUAH? Tercalonnya Isa Samad untuk bertanding di dalam PRK Bagan Pinang telah membuktikan juga betapa SILAPNYA Lembaga Disiplin UMNO yang telah mengkategorikan Isa Samad sebagai pesalah yang terbukti mengamalkan politik wang.
Seharusnya UMNO mendesak agar pernyataaan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO yang telah menjatuhkan hukuman gantung keahlian Tan Sri Samad di dalam UMNO selama 3 tahun sehingga menyingkirkan dirinya sebagai Naib Presiden UMNO agar hukuman itu DITARIK BALIK bagi tujuan membersihkan dirinya yang sedang dicerca oleh pihak pembangkang di Bagan Pinang.
Mereka berkata bahawa UMNO telah memilih calon yang telah disabitkan oleh UMNO sendiri sebagai petualang politik wang di dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang. Parti UMNO kini sedang terbalek dan ditempelak dan dilabelkan sebagai parti perasuah, kerana telah memilih Isa Samad yang tidak lagi bersih di sisi UMNO. Hari ini semua jentera UMNO terpaksa bekerja keras untuk membuktikan betapa Lembaga Disiplin UMNO telah tersalah hitung dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tan Sri Isa.
Sama-samalah kita saksikan apakah keputusan Lembaga Disiplin UMNO pada tahun 2004 yang lalu itu menepati natijahnya atau hanya satira kambing hitam sebagai agenda menjatuhkan Isa Samad dan kemudiannya menyisihkan pula Ali Rustam.
Tan Sri Muhiyiddin Yassin dilihat sedang berusaha gigih untuk membuktikan bahawa dirinya sememangnya bersimpati dengan Isa Samad yang telah menerima keaiban oleh partinya selama ini. Oleh itu Isa Samad perlu dimenangkan...Datuk Seri Mohamad Hassan MB Negeri Sembilan tentu lebih gembira jika Isa Samad menang nanti.
Selepas ini pula Isa Samad bolehlah buat come back di dalam UMNO bertanding jawatan tinggi di dalam UMNO, kerana UMNO sendiri telah memberikan lampu hijau kepada mereka yang pernah dijatuhkan hukuman setelah terbukti dia melakukan politik wang. Ali Rustam juga boleh senyum panjang, kerana pastinya dia juga boleh bertanding lagi.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment