Bilo To' Isa Monang, Dio KONO...
Sobab dah lamo bonar To' Isa ni dalam persada Politik, Pak Sedaro nak nyinggah posan beradab pado To' Isa bilo dah MONANG nanti:
1. Maso yang banyak untuk menyemak semula segala macam permasalahan di Bagan Pinang khasnya dan UMNO Telok Kemang keseluruhannya.
2. Korbankan sedikit wang ringgit untuk bori sodokah belanjo kepado:
2.1. Pesara Tentera yang sakit tenat dan uzur di rumah.
2.2. Anggota Tentera, Polis dan Kakitangan Awam yang begitu uzur dan hilang upaya bekerja dalam Bagan Pinang. Di percayai ada sekitar 1115 ketua keluarga @ ketua isi rumah yang dalam kelas ini.
2.3. Buat dan Majukan Yayasan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang untuk kordinasi Ilmu, Ekonomi dan Kebajikan Rakyat Telok Kemang.
2.4. Bina Momumen dan Muzium Sejarah Allahyarham dan Rakan Pasukan Rejiman 1 Askar Melayu Di Raja dalam konteks Rakyat dan Perlembagaan di Bagan Pinang. Sebagai Lambang Kemegahan dan Keperwiraan Rakyat Raja Mempertahan TanahAir.
2.5. Beri kesempatan kepada kumpulan usahawan Muda yang produktif khasnya daripada kumpulan Pengusaha Muda Melayu yang telah bantu Pemuda UMNO di ILMU, Janda Baik untuk inisiatif KHAS di kawasan pesisir pantai dan sepanjang keharmonian pantai Telok Kemang sebagai "State of the Art" dan "Water Front View yang terindah dalam Rantau Asia Pasifik".
2.6. Tubuhkan pasukan Kebajikan dan Gempur BN Khas Telok Kemang yang dibiaya oleh To' Isa sendiri dalam mengatasi pelbagai kemelut, polemik dan berantakan kecil mahu pun besar sebagai benteng pertahanan semasa dan akan datang.
2.7. Tubuhkan Gagasan Belia Dun Bagan Pinang untuk kerja-kerja sosial dan khidmat negara yang dibiaya oleh To' Isa dan boleh memperoleh geran pentadbiran jika berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia. Juga layak memohon pelbagai peruntukan pengendalian dan penganjuran program di pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan Persekutuan.
2.8. Bina sebuah Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Tun Dr. Mahathir di Bagan Pinang. Pusat ini diberi penarafan 5 bintang oleh Badan Berkuasa Antarabangsa dalam skit dan disipling ilmu tertentu. Bawa kembali, insan-insan hebat anak Negeri Sembilan yang begitu ramai dan masih bernafas sebagai Jemaah Ilmuan. Pusat ini juga boleh dikembang sebagai Pusat Rujukan Dunia sebelah Timur dalam konteks yang diteroka minda oleh Jemaah Ilmuan, kelak.
2.9. Gazetkan Kampung Bagan Pinang sebagai Kampung Tradisi dan Model Pewarisan Pepatih, yang mana membolehkan Port Dickson masyhur lebih daripada 10 dekad lagi.
2.10. Semua aliran sungai dan kuala sungai yang mengalir limpah ke laut di Telok Kemang dan Port Dickson, di atur semula dan dibina tapisan Khas sebagai HADIAH kepada Pengundi Bagan Pinang dan Rakyat yang masih sayang kedamaian dan kesaksamaan.
Inilah 10 perkara ASAS yang perlu ditokok baik oleh To' Isa "BILO DAH MONANG BOSAR".
Pak Sedaro yakin To' Isa cukup duit dan mampu nak buat ini semua. Pak Sedaro dan Jemaah Pengusaha Melayu Muda yang merebeh memulun kelompok kecil Faizal dan Najib di ILMU, percaya, ini semua tidak MUSTAHIL.
Moga Allah terus memberi pedoman dan hidayah kepada Pak Sedaro dan pasukan Pengusaha Muda Melayu dalam ijtimak ilmu demi Alif, Ba', Ta'.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment