Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 30, 2009

POLIS TERGAGAP BILA TAKUT TERJAWAB LUAR SKRIP

Tujuan teman paparkan dialog yang panjang ini bukan untuk merendahkan moral PDRM, cuma rakyat Malaysia terutama Pro BN da[at lihat bagaimana Polis terpaksa mengikut arahan kerana etika dan cari makan.Tapi biasanya lepas pencen, kebanyakan polis & askar akan meluahkan apa yang terbuku semasa mereka dalam perkhidmatan.

AA : Lihat frame 4, 2.17pm, setuju dengan saya perkarangan masjid juga tenang.
Saksi : Setuju

AA : Lihat ketiadaan polis dan FRU, setuju?
Saksi : Setuju

AA : Frame 5, 2.19pm perkarangan masjid luar dan dalam aman?
Saksi : Tak setuju.

AA : Anda kata tak aman kenapa?
Saksi : Ramai yang bersorak.

AA : Apa yang kedengaran? Setuju tak yang kedengaran itu ialah 'ALLAH HU AKBAR'? Setuju atau tidak?
Saksi : Setuju

AA : Orang jerit 'ALLAH HU AKBAR' ganas, tak tenteram. Ada ganas atau tidak?
Saksi : Ganas tak ada, tak tenteram ada.

AA : Ok saya 'rephrase', ada sebarang keganasan frame 6. 2.21pm.
Saksi : Tak ada.

AA : Apa yang anda nampak?
Saksi : Ramai yang berhimpun.

AA : Apa yang mereka pakai? Selepas sembahyang ke selepas balik dari party ke ? Ada sebarang keganasan?
Saksi : Tak ada.

AA : Ada sebarang perkataan yang tidak senonoh atau kasar?
Saksi : Tak pasti.

AA : Frame 6. 2.21pm. Apa yang kedengaran, laungan?
Saksi : Allah hu Akbar,

AA : Apa maksud ALLAH HU AKBAR?..untuk rekod ya.
Saksi : Allah Maha Besar.

AA : Apa laungan yang anda dengar? F 6, 2.21pm.?
Saksi : Hidup Rakyat, tak ada, tak dengar.

AA : Setuju dengan saya mereka laung Hidup Rakyat, Hidup, Hidup, Hidup Islam.
Saksi : Tak dengar.

AA : Orang belakang pun boleh dengar...ok kita tinggikan suara (mohon saksi kuatkan volume). Ada dengar?
Saksi : Hidup Islam.

AA : Dari awal sampai F7, 2.27pm anda saksikan perhimpunan sahaja, setuju?
Saksi : Setuju.

AA : Ada lihat polis di situ?
Saksi : Tak ada

AA : Ada dengar sebarang arahan bersurai.?
Saksi : tak ada.

AA : F 9, 2.26pm apa yang anda lihat sekarang?

Saksi : Asap Yang Arif.

AA : ini asap orang bakar kain ke, rumput ke, ini asap keluar dari mana?

Saksi : asap gas.

AA : Koperal F 9, 2.26pm, koperal disitu ambil rakaman bukan? Setuju dengan saya asap gas keluar dari pemedih mata?

Saksi : tak setuju.

AA : (tengok gambar) asap paling tinggi datang dari mana? Apa yang keluar asap?

Saksi : (teragak-agak untuk beri jawapan, mendiamkan diri)

AA : Mengaku sajala ianya keluar dari gas pemedih mata, setuju..senang cerita. Semasa gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai adakah arahan bersurai didengari?

Saksi : Tak dengar Yang Arif.

sessi dialog peguam & polis elanjutnya sila layari :-
http://ummuasiah2001.blogspot.com/2009/10/kenapa-polis-yang-menjadi-saksi-sukar.html

No comments: