Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 30, 2009

BN PUCAT, BILA MCA PAYA BESAR TERUS MENGGEGAR JAWATANKUASA PUSAT

KUANTAN 30 Okt. — MCA Bahagian Paya Besar menggesa Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu dibubarkan bagi membolehkan pemilihan kepimpinan baru parti dilakukan sekali gus menyelesaikan kemelut dalaman parti berkenaan.

Ketuanya, Senator Ng Fook Heng berkata pembubaran CC itu membolehkan mereka yang layak bertanding berpeluang menerajui kepimpinan parti selepas mendapat sokongan daripada anggota.

Beliau berkata, masalah dalaman MCA sepatutnya selesai selepas parti itu mengadakan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) pada 10 Okt lepas, namun masalah itu masih berterusan walaupun setelah lebih 20 hari EGM berlalu.

"Dulu musuh, sekarang jadi kawan pula manakala ada yang dulu kawan sekarang sudah jadi musuh, nampaknya ahli akar umbi sangat sedih keadaan parti sekarang dan apa yang penting bagi ahli akar umbi ialah MCA bersatu padu untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya cadangan itu turut mendapat persetujuan daripada semua 12 ketua cawangan dan 4,000 anggotanya dan bukan dilakukan secara paksaan dan gesaan daripada mana-mana pihak.

No comments: