Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 30, 2009

SENTUHAN RASA DARI LABUAN MENYEJUKKAN PAS SEMENANJUNG

Assalamualaikum

Selepas kemenangan barisan pembangkang atau pakatan rakyat didalam PRU12 dengan mengurangkan majority 2/3(kerusi) yang dikuasai oleh BN diParlimen.Ana dapati pihak BN telah mengalami sindrom atau kepayahan untuk menegakkan kerajaan yang baru tanpa disokong atau mendapat bantuan dari parti komponen sebelah Malaysia Timur(Sabah dan Serawak.Diperingkat suasana macam ini yakni peringkat permulaan sudah ada pun usaha-usaha yang dijalan Parti Keadilan diketuai oleh Anwar Ibrahim untuk menarik sokongan parti komponen BN(Sabah danSerawak)bagi menyertai Pakatan rakyat,Dalam pada itu ada juga kedengaran dari suara pemimpin BN untuk bergabung dengan Pas atas isu kerajaan perpaduan.Polimik ini bermain sehinggalah dimatikan didalam Muktamar Pas diPerak yang lalu.Disertai kegagalan Parti keadilan mencari sokongan dari parti komponen dari sebelah Malaysia Timur .Akhirnya Pakatan rakyat disertai parti Pas,Pkr dan Dap menegaskan Kerajaan Perpaduaan anjuran BN tinggal angan-angan sahaja.Walaumacam manapun telah wujud trend dari sebahagian kecil dari pimpinan pusat(Pas) untuk menyambut tawaran dari BN atas dasar penyatuan orang Melayu dan membentuk kerajaan campuran dengan segera.Antara lain peluang terbuka dihadapan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh MCA dan MIC dalam BN.

Tetapi ini satu cadangan dari mereka yang mengusul untuk diterima oleh pimpinan pusat.Pada peirngkat ini menurut pandangan ana bukan satu kesalahan keatas mereka untuk mengemukakan kerana mereka tiada kekuatan untuk memaksa bahkan ia perlu dibentangkan diperingkat muktamar.Akhirnya jawapannya kita telah tahu,iaitu tidak untuk kerajaan perpaduan.Tetapi ia menjadi kelainan jika ia masih menjadi isu dan disebut selepas muktamar yang lalu,amat malang lagi jika ia datang dari mulut orang yang sama dan bepusing-pusiang mencari sokongan bagi mengubah pendirian yang telah diambil bersama.Tambahan lagi sekira benar Dato Hasssan Ali menerima kunjungan pihak lawan(BN) dan mempengaruhi pendirian beliau,maka ini menjadi satu kecacatan tahap kualiti pimpinan beliau sebagai pemimpin Pas(Negeri) dan exco kanan kerajaan Selangor.Jika wujud kebenaran dipihak lawan ia sepatutnya membawa kepengetahuan kepada pimpinan parti untuk dinilaikan atau mengikut procedure yang diguna pakai bagi menegur dan membaiki akan sesuatu institutusi seperti Selcat.Kita mengambil kaedah sebagaimana sahabat nabi menolak pertolongan dari musuh Islam didalam suasana ia dipulau oleh nabi atas tidak bersama nabi untuk berangkat berperang dengan tentera Rome(Perang Tabuk).Atas semangat dan displin inilah patut kita amal demi menjaga kekuatan jemaah Islam dan intipati kualiti individu yang berjuang atas nama Islam.

Apa yang dibuat oleh Ust NikAziz adalah mengikut level tahap pimpinan beliau sebagai Musyidul Am Pas. Beliau terpaksa secara pantas bertindak keatas kepincangan yang berlaku demi menghindari parti Pas keluar dari landasan yang sebenarnya.Parti Pas adalah parti yang sekarang ini boleh membentuk iklim politik negara kita kerana ia menjadi tumpuan sebahagian besar rakyat Malaysia dan dicemburui oleh parti lawan.Malah ia boleh mendatangkan ketakutan kepada anasir asing untuk mencari pengaruh didaerah Asian ini.

Oleh itu adalah lebih baik kita menunggu keputusan dan tindakan-tindakan susulan yang akan dibuat oleh pimpinan kita dimuktamar Khas nanti insyaalah.Kita jangan menokoktambah cerita atau andai keatas mereka yang telah dilebelkan salah kerana ini akan mewujudkan fitnah dan mengkusutkan keadaan.Ana percaya segala maklumat yang penting dan boleh disabitkan telah ada ditangan pemimpin kita.Mudah-mudahan mereka membuat keputusan yang tepat dan adil.Bagi mana-mana pihak yang dikenakan tindakan.Anggaplah ia sebagai satu kejayaaan bagi menyekat jalan dan mematikan perancangan yang dibina secara halus oleh pihak lawan.Parti Pas adalah parti yang baik segala tindakan didahulukan keadilan dan keharmonian.

Sekian sahaja dari ana

No comments: