
PEMANGKU Ketua Polis Daerah Tenom, Asisten Suprintendan Polis (ASP) Syed Lot Syed Abdul Rahman, mengesahkan bahawa satu kejadian tertembak rakan sendiri ketika mereka sedang berburu dihutan Kg Ulu Tukalilan kira-kira 5 kilometer dari pekan kecil Melalap dengan menggunakan senapang buatan sendiri (bakakuk).
Kejadian tersebut berlaku pada Khamis kira kira jam 3 pagi dimana suspek dan mangsa adalah rakyat tempatan dalam lingkungan umur antara 24 tahun dan 30 tahun, dimana mangsa dipercayai mati serta merta ditempat kejadian selepas tertembak oleh rakannya.
Manakala suspek telah menyerah diri selepas kejadian dan kini ditahan dilokap Polis disini untuk siasatan lanjut.
ASP Syed Lot berkata demikian kepada media dipejabat beliau pada Khamis sebagai mengesahkan kejadian tersebut, di samping meminta kerjasama media supaya tidak mendedahkan indentiti kedua dua terbabit iaitu mangsa dan suspek kerana kes tersebut masih dalam siasatan.
Menurut ASP Syed Lot, daripada siasatan awal dimana mangsa dan suspek telah memasukki hutan kawasan banjaran crocker kira kira jam 9 malam pada Rabu untuk tujuan berburu binatang.
Bagaimana pun kira kira jam 3 pagi pada Khamis mereka telah terpedaya dengan bunyi binatang lalu mereka berpecah dan selang beberapa minit suspek telah ternampak satu cahaya yang menyerupai mata binatang dan serentak itu suspek melepaskan tembakan malangnya yang disangkakan binatang tetapi sebenarnya adalah mangsa (rakannya berburu).
Dalam pada itu, ASP Syed Lot menasihatkan mana mana individu yang memiliki senjata buatan sendiri atau lebih dikenali dalam bahasa tempatan ‘bakakuk’ supaya menyerahkan senjata tersebut kepada pihak Polis kerana menyimpan senjata seperti itu menjadi suatu kesalahan jenayah dan pemilik boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang undang yang sedia ada.
Selain itu, beliau juga meminta kerjasama daripada pemilik senjatapi yang berlesen supaya mereka tidak dipergunakan oleh golongan itu untuk membeli bekalan peluru dikedai kedai penjual peluru, kerana tanpa kerjasama mereka mungkin golongan itu tidak mendapat sumber bekalan peluru untuk meluaskan aktiviti mereka.
“Sungguh pun kejadian ini merupakan kali pertama bagi tahun ini 2009…tetapi kita harus berhati hati kerana jika tidak dibendung dari awal…saya percaya ia akan berterusan selagi golongan itu mendapat sumber bekalan peluru daripada pemegang lesen yang sah,” jelas beliau lagi.
Oleh: MAIL MATHEW
No comments:
Post a Comment