Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan telah menobatkan 20 nilai pembangunan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Nik Abdul Aziz yang semalam (21 Oktober 2009) menyambut ulangtahun ke-19 regim pemerintahan Pas di Kelantan:-
1. Sifat cakna rakyat penuh berkebajikan
2. Bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam
3. Prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh
4. Ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau
5. Sawah bendang menguning setiap musim
6. Hutan dan lurah sedia ditereskan
7. Kadar kemiskinan menjunam turun
8. Kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya
9. Pertambahan kenderaan bersimpang siur
10. Taman perumahan melebar ke serata negeri
11. Bandar lama dan baru makin berkembang
12. Kehadiran pelancong terus melonjak
13. Pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun
14. Gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang
15. Pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun
16. Kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan
17. Kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi
18. Perancangan pembangunan sentiasa berlaku
19. Punca hasil baru terus diterokai
20. Baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas.
Komen ikhls blogger UBN ini :-
Apa-apa pun, kami mengucapkan tahniahlah kepada Pok Nik kerana telah 'berjaya' mentadbir Kelantan dengan 20 'kejayaan' tersebut dalam tempoh 19 tahun. Mungkin Pok Nik hanya akan terfikir untuk meletak jawatan sekiranya tempoh regim pemerintahan beliau sama dengan Che Det yang telah mentadbir Malaysia selama 22 tahun.
Tahniah juga buat Pok Nik kerana di sepanjang 19 tahun regim pemerintahannya, ramai anak muda Kelantan berebut-rebut mencari rezeki di luar Kelantan.
Dan satu lagi tahniah kepada Pok Nik kerana dalam tempoh 19 tahun pemerintahannya, Isle (mengikut loghat Pas) telah berkembang dengan hebatnya di Kelantan sehinggakan Kelantan masih kekal sebagai negeri ke-3 termiskin di Malaysia; yang juga termasuk dalam statistik 344 juta (37%) umat Islam yang berada dalam tahap kemiskinan dunia.
"Membangun bersama Isle"...Selamat menyambut ulangtahun ke-19 regim pemerintahan Nik Abdul Aziz di Kelantan! Takbir !!!
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment