Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 3, 2009

TEGUR SEPERTI LEPASKAN BATUK H1N1 DI TANGGA

Jamil Khir tegur penganjuran pada bulan Ramadan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom hari ini menegur penganjur konsert Micheal Learns to Rock kerana menganjurkan konsert itu pada bulan Ramadan.
Beliau berkata tindakan penganjur meneruskan konsert itu Sabtu ini di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang tidak menghormati bulan Ramadan dan tidak peka dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Sewajarnya mereka peka apabila di bulan Ramadan yang mulia lagi suci ini umat Islam menjalani ibadah puasa pada waktu siangnya dan ibadah terawih dan tadarus pada malamnya," katanya dalam kenyataan di sini.

Jamil Khir berkata teguran beliau itu harus dilihat selaras dengan semangat 1Malaysia demi perpaduan dan kesejahteraan semua pihak. BERNAMA

No comments: