Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 3, 2009

LEMBU DIPEGANG TALI,MANUSIA DIPEGANG JANJI,HUTANG UMNO/BN HAMPEH LIAT NAK BAYAR HINGGA HARI INI


Butiran rekod lama
Kira-kira 70 kakitangan penyelaras yang ditugaskan oleh syarikat Elegant Advisory untuk menguruskan pengedaran barangan pilihanraya, termasuk poster, banting dan air minuman kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya 2004, masih menunggu bayaran upah mereka kerana syarikat itu juga, masih menunggu bayaran daripada BN.

Jurucakap kumpulan tersebut berkata, Elegant Advisory gagal menjelaskan bayaran upah mereka berikutan kegagalannya memperolehi bayaran daripada BN walaupun sudah lebih setahun pilihanraya berlalu.

Menurut syarikat berkenaan sebelum ini, bayaran bagi kesemua barangan tersebut bernilai kira-kira RM200 juta.

Pada masa ini, pihak pembekal barangan tersebut, termasuk sebuah syarikat dari Hong Kong kini berdepan dengan masalah kewangan, kerana tidak mendapat bayaran dari Elegant Advisory, atas sebab yang sama, sehingga ramai daripadanya sudah gulung tikar.

“Kira-kira 70 penyelaras pilihanraya dilantik oleh Elegant Advisory untuk menguruskan tugas tersebut. Berikutan itu, kami ditempatkan di asrama di sebuah kedai berhampiran pejabatnya di Danau Kota.

Petikan dari Berita Malaysia kini yang menyedihkan sehinggakan 18 keluarga bercerai berai dek tiada wang untuk hidup bila bergantung dengan pembayaran dari BN.

No comments: