Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 3, 2009

PROJEK KEBANGGAAN BE END, HARGA RM 3.4 BILION , PASTIKAN BOLEH MENTEN,JANGAN LUPA KOMISYEN?

Berita malam tadi melaporkan bahawa kapal selam yang dibeli Kerajaan malaysia telah melabuh di Pelabuhan Klang.
Harga Kapral Selam RM3.4 Billion, Komisyennya? Yang itu teman belum tahu.
SELEPAS 52 tahun merdeka hari ini negara Malaysia akan mempunyai kapal selam pertama. Kapal selam itu dinamaka KD Tunku Abdul Rahman .Kerajaan berbangga atas pembelian itu. Maka diwar-warkan kepada seluruh rakyat mengenai pencapaian negara itu. Rakyat dikerah melihat kapal selam berkenaan beramai-ramai.seperti Bangunan KLCC disuruh rakyat mendongak bangga dengan kejayaan pembinaan KLCC tersebut.
Memang selaku rakyat kita berbangga kerana negara mempunyai kelengkapan perang. Alat pertahanan penting bagi sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia. Nasib baik kita tidak diserang dalam tempoh 52 tahun lalu. Kalau negara diserang sudah tentu kita kalah kerana kelengkapan seperti kapal selam itu belum ada.
Ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu akan dibuat liputan secara langsung menerusi rancangan Hello Malaysia di RTM mulai jam 7:50 pagi. Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Ketua AKM akan menyambut ketibaan kapal selam berkenaan. Mereka akan mencucur air mawar dan menepung tawarkan kapal berkenaan.
Harganya ialah RM3.4 billion. Kapal ini dibeli atau mula dibina pada tahun 2000. Ia buat bersama oleh syarikat DCNS Peranchis dengan Navatia Sepanyol yang memang pakar dalam pembuatan kapal selam. Kapal ini dibanggai kerana berkeupayaan dapat mengawal perairan, dapat menyelam sejauh 100 hingga 200 meter.
Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan modern dan kelengkapan perang enam tiup peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak. Peluru berpandu ini anti kapal permukaan dan terpedo antikapal selam.
Ianya berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot nautika itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya. Wou...!!!
Mungkin bagi sesetengah orang segala penghuraian itu tidak penting. Apa yang rakyat ingin ketahui ialah siapakah atau syarikat manakah yang bernasib baik menjadi konsultan pembelian kapal berkenaan. Berapakah pula komisyen dibayar kepada konsultan berkenaan. Dan berapa banyak pula yang saguhati diberikan kepada orang politik? Ini rasanya lebih penting dan ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata daripada mendedahkan segala keupayaan itu.

No comments: