Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah menjalankan pilihan raya dan bukannya menentukan samada pilihan raya diadakan atau tidak diadakan, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Datuk Shamsuddin Nawawi.
Ketika menulis mengenai keputusan SPR yang mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di dalam blognya (dongtalk.blogspot.com), beliau berkata, dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihan raya atas pengisytiharan kekosongan oleh dewan dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengetepikan keputusan atau perisytiharan yang telah dibuat oleh dewan.
Dalam postingnya yang bertajuk “Undang-undang apa yang benarkan SPR sanggah Dewan Undangan Negeri?” Shamsuddin mengemukakan beberapa persoalan.
“Kenapa SPR tidak terima apa yang telah diisytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Kedah?
“Bolehkah SPR membuat keputusan bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh dewan?”
Beliau juga mempersoalkan, ahli dewan adalah bertanggungjawab (answerable) kepada dewan atau kepada SPR?
“Dalam kes Kota Siputeh Kedah ini, ahli dewan berkenaan diminta memberi penjelasan kepada SPR walaupun penjelasannya mengenai ketidakhadiran mesyuarat dewan itu telah ditolak oleh Speaker dewan.
“Dari peruntukan undang-undang mana datangnya kuasa SPR untuk menyanggah atau mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh dewan?” soal beliau lagi.
Merujuk kepada peraturan DUN Pahang, Shamsuddin berkata berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, keputusan mengesahkan ada berlaku kekosongan luar jangka adalah pada dewan dan bukannya SPR.
“Dewan Undangan Negeri (dibaca juga sama erti dengan Parlimen) adalah salah satu dari tiga cabang pemerintahan negara secara demokratik. Yang lain ada Ekeskutif dan Kehakiman.
“Dibandingkan dewan atau Parlimen dengan SPR, SPR tidak sepatutnya mempunyai apa-apa kuasa yang melebihi dewan! SPR tidak boleh overrule (mengatasi) apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh dewan!” kata beliau yang berkelulusan undang-undang.
Beliau menjelaskan, dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihan raya atas pengistiharan kekosongan oleh dewan dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengenepikan keputusan atau peristiharan yang telah dibuat oleh dewan.
Beliau menutup tulisannya dengan menyatakan: “Perlukah dewan merujuk dulu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, setiap kali berlaku kekosongan akibat kematian?
“SPR adalah Suruhanjaya dan sepatutnya patuh kepada keputusan dewan dan bukannya diberi kuasa untuk mengenepikan keputusan dewan.
“Tugas SPR ialah menjalankan pilihan raya dan bukannya menentukan samada Pilihan raya diadakan atau tidak diadakan!
“SPR tidak boleh menjadi mahkamah dalam menentukan kedudukan seseorang Ahli Dewan dan bukan sama sekali “Mahkamah Rayuan” bagi ahli dewan yang telah dilucutkan kerusinya!”
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment