MANA BOLEH URUS GUNA INTERNET SAJA.RAKYAT KAMU BERAPA PERATUS PETANI & MAKAN GAJI?
Persoalannya seorang yang masih Wakil Rakyat/Ahli Parlimen dilantik menjadi duta bertaraf menteri ke sebuah negara yang jauh beribu batu. Kawasan serta rakyat dan sebagai Ketua UMNO Bahagian Rompin, bagaimana?
Jawapan Jamaluddin yang merupakan anak kelahiran Pekan, Pahang mudah saja.
“Apabila Angkasawan Negara Datuk Sheikh Muszaphar melaksanakan misi negara ke angkasa lepas, beliau dapat berkomunikasi dengan jelas bersama Datuk Seri Mohd Najib (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) maka soal saya berada di Washington untuk berkomunikasi dengan rakyat dan pemimpin di Rompin adalah tidak payah mana pun.
Menurut Jamaludin beliau diberi tugas mewakili negara sebagai duta dan akan pulang juga dari masa ke semasa, “bila saya balik ke Malaysia, saya akan jalan tugas sebagai ahli parlimen juga...kerana saya sudah lima penggal dan saya juga masih boleh berkomunikasi dengan pengundi-pengundi saya, kumpulan-kumpulan tertentu dalam parlimen saya melalui teknologi, contohnya melalui ‘skype’. Ini ‘free’ sahaja, saya boleh buat mesyuarat jawatankuasa bahagian saya. Saya pengerusi duduk Washington dan AJK saya duduk di Rompin, kita ada teknologi.”
“Kita kena buat perubahan, bila dunia berubah teknologi berubah. Kita kena gunakan teknologi untuk mendekati rakyat,” jelasnya.
Bingai betul JJ ini adakah disamakan tugas Angkasawan sekejap dengan tugas Ahli Parlimen + Duta.
No comments:
Post a Comment