Harapan teman janganlah lebih dari seorang berfikiran seperti Guru Rompin yang teman rasa komen yang tidak berdasarkan fakta menyeluruh.Guru ini patut lihat kesan seorang ahli parlimen bila mengarahkan pembantu untuk menguruskan kawasan parlimennya.Ahli Parlimen tersebut berada bukan 1,000 km tapi lebih dari iitu.Logik ke?Bagaimana pertambahan kos untuk elaun atau gaji pembantu yang dicipta itu? Tidak terfikir guru tersebut yang Ahli Parlimen lain pun nak buat sebegini.Bagaimana mesyuarat Dewan Parlimen?Memang boleh datang tapi kosnya ?Kos masa dan kepastian atau kebolehan hadir dari Amerika Syarikat juga pakai pembantu juge?
Di sini komen penyokong kurang cerdik seorang guru di Rompin.
salam muhibah untuk semua forumer...
Sebagai anak jati Rompin dan warga pendidik disini... Saya berbesar hati mengucapkan TAHNIAH diatas perlantikan DS JJ sebagai DUTA BESAR ke AMERIKA SYARIKAT..
Perlantikan beliau amat tepat sekali berbekal latar belakang beliau dalam politik yang sangat luas..
Sebagai anak jati Rompin ... Beliau telah memimpin Rompin sebagai salah satu daerah yang mampu berdaya saing dari segi kemudahan dan infrastruktur yang boleh dibangga kan....
Perlantikan beliau amat tepat sekali... TAHNIAH DS JJ dan bagi rakyat rompin ini merupakan hadiah serta BONUS dari PM kepada kami rakyat Rompin ...
Perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat dikawasan ini tidak akan terjejas walau pun beliau berada di seberang laut... ini kerana beliau mempunyai kaedah dan pendekatan yang tersendiri bagi memastikan daerah rompin dan kebajikan rakyat diutamakan dan didahulukan ...
DS JJ mempunyai rangkaian pembantu yang sentiasa bekerja keras bagi memastikan kehendak dan keperluan rakyat disini diutamakan ....
Sebagai contoh .. terdapat 5 pembantu mengikut kawasan-kawasan didaerah rompin yang akan mengendalikan setiap kawasan tersebut sebagai NADI bagi menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh rakyat ... selain itu beliau mempunyai pembantu-pembantu yang ditugas khas mengikut golongan antaranya golongan ketua-ketua kampung , pemuda pemudi rompin,warga emas , ibu -ibu tunggal ,serta golongan guru yang sentiasa berada dibelakang beliau, akan memastikan kebajikan dan masalah meraka akan dijaga dan terpelihara.
Jadi.. tidak perlu rasanya orang lain mempertikaikan kebolehan beliau dalam mentadbir rompin.kerana Kami orang rompin amat faham dan tahu bahawasanya KAMI tidak terabai...
SUARA DARI GURU ROMPIN ...
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment