Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, September 4, 2009

BERDUYUN-DUYUN MASUK PAKATAN RAKYAT DI PERAK

Tahniah untuk kerja keras Pakatan Rakyat…….mudah-mudahan Pakatan Rakyat akan memerintah negara satu hari nanti…selepas PRU13 kelak,
Itulah yang rakyat harapkan,dan teman pasti Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari kepimpinan UMNO BN.Cuba kita bayangkan sesuatu yang baru jika dibandingkan yang dah 52 tahun pastinya yang baru itulah menjadi pilihan berbanding yang dah lusuh dek rasuah dan salahguna kuasa.so fikir2kanlah situasi ini bak kata pepatah suasana menang menang pasti akan berlaku jika Pakatan rakyat memerintah,itu teman yakin kerana teman amat kenal dengan DSAI yang tidak heran dengan wang berjuta asalkan rakyat marhain terbela nasibnya,itu teman pasti,jadi apa tunggu lagi ahli UMNO di Sabah mari kita sertai Pakatan Rakyat beramai2……
Tatkala Ketua Umum PKR terpaksa bergelut mempertahankan diri dari konspirasi untuk menjatuhkannya dengan isu Liwat 2 dan juga tuduhan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang menyatakan Pakatan Rakyat “retak menanti belah”, kita dikejutkan berita bahawa seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong, di sini, Sabtu ini.
Bekas Ahli Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong, berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan adalah anggota MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini, lapor Bernama.
“Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut,” katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini, hari ini.
Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Ini adalah gelombang pertama…ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM. Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR,” katanya.
Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Tan yang juga bekas Naib Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur berkata anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea ’sistem dua parti’ dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu.

No comments: