Teman ambil kesempatan di sini menyusun jari sepuluh memohon ampun maaf atas ketelanjuran atau kesilapan tulisan teman selama ini jika ada ( kerana kadangkala niat dan tujuan kita tulis lain tetapi orang lain baca faham lain pula).Juga teman tak lupa Selamat Eidulfitri pada yang beragama Islam dan selamat lebaran serta selamat hari raya puasa.
Tazkirah teman cuma mengenai apa itu hari Lebaran , Eidulfitr atau Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa adalah perayaan umat Islam yang disambut oleh umat Islam pada setiap tahun. Ianya disyariatkan oleh Allah untuk umat Islam supaya merayakannya. Ia disambut pada 1 Syawal pada setiap tahun apabila selesainya bulan Ramadhan. Syawal adalah bulan ke 10 dalam kalender Islam. Seperti bulan-bulan Hijrah yang lain, ia dimulakan dengan kelihatannya anak bulan. Ianya disambut sebagai menandakan kesyukuran umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardhu puasa sepanjang bulan Ramadhan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment