Tuan Guru Nik Abdul Aziz b. Nik Mat
Dato Hj. NIk Abdul Aziz Nik Mat, lebih popular dengan panggilan Tok Guru telah dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh dengan agama.Anak kedua dari sembilan orang adik-beradik hasil perkongsian hidup,Hj.Nik Mat bin Raja Banjar dengan isteri pertamanya.
Bila umurnya meningkat 6 tahun, beliau dimasukkan ke Sekolah Melayu Kedai Lalat.Waktu itu murid-murid sekolah diwajibkan memakai seluar pendek.Peraturan tersebut amat tidak disukai oleh ayah beliau, justeru itu hasil desakannya, akhirnya pihak sekolah membenarkan Tok Guru memakai seluar panjang dan beliaulah satu-satu murid di sekolah tersebut yang memakai seragam sekolah berseluar panjang ketika itu.
Selepas tamat peperangan dunia kedua, Tok Guru terus memasuki Pusat Pengajian menengah aliran arab yang tersohor di Kota Bharu yang sekarang dikenali dengan nama Maahad Muhammadi. Pada tahun 1952 beliau melanjutkan pelajaran di Darul Ulum Deoband, India.Dalam 1957 beliau belajar pula di Lahore secara khusus untuk mendalami Al-Quran dan setahun kemudian memasuki universiti Al-Azhar, sehingga berjaya memperolehi ijazah sarjana muda (BA) dalam bidang bahasa dan kesusteraan Arab, serta sarjana (MA) dalam bidang kehakiman dan perundangan Islam.
Beliau pulang ke tanah air pada tahun 1962 dan berkhidmat sebagai Penyelia Khas Pelajaran Dewasa(Agama) yang diwujudkan ketika itu. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sekolah yang diasaskan oleh Pak Nik Lah.
Tok Guru memasuki alam rumah tangga apabila beliau berkahwin dengan Datin Tuan Sabariah binti Tuan Ishak, seorang gadis pilihan orang tuanya pada bulan November 1962.
Pada 1964 beliau berhenti bertugas sebagai penyelia kerana berkhidmat dengan sekolah Maahad Muhammadi dan ketika itulah orang ramai mula mengundang beliau memberi kuliah agama di masjid-masjid,surau dan majlis-majlis tertentu.
Sejak dahulu beliau disanjung oleh orang ramai. Setiap kuliah yang disampaikannya, para hadirin akan mengikutinya dengan penuh minat. Ini mungkin disebabkan, beliau tidak pernah menyelar atau mencemuh sesiapa secara individu dan tidak pernah menyinggung mana-mana pihak. Personaliti Tok Guru amat disegani oleh Kawan mahupun Lawan.
Dari segi politik, sejak dahulu lagi Tok Guru memilih Parti Islam SeMalaysia(PAS) kerana prinsip perjuangannya yang menegakkan syariat Islam yang serasi dengan perjuangannya sejak dulu.
Setelah Allahyarham hj. Ahmad Perai meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1967,Tok Guru telah dipilih sebagai calon pas di Kelantan Hilir dan berjaya menewaskan Tengku Nur Asiah. Setahun kemudian beliau dilantik pula menggantikan Hj. Hassan Rahimi sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan.
Jawatan lain Tok Guru ialah sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1982 sehingga sekarang, manakala di peringkat Pusat sebagai Mursyidul AM Pas. Pernah menjadi Ahli Parlimen dari tahun 1967 hingga 1986 dan Ahli Dewan Undangan Semut Api 1986-1990.
Melalui pilihan raya umum 1990, PAS Negeri Kelantan bersama Angkatan Perpaduan Ummah berjaya merampas Kelantan dari tangan Barisan Nasional.Kejayaan PAS tersebut merubah lanskap politik negeri serambi Mekah itu dari sebuah kerajaan yang berasaskan politik sekular kepada sebuah kerajaan yang berasaskan politik Islam.Para Pemimpin PAS negeri sebulat suara memilih Tok Guru sebagai Menteri Besar Kelantan.
Pemilihan Tok Guru sebagai Menteri Besar, tentunya amat bersesuaian dengan cita-cita dan hasrat rakyat Negeri Kelantan yang mahukan seorang ulama memimpin mereka.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment