Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, September 18, 2009

SATU MALAYSIA TAHU , MALAYSIA TIMUR ANAK EMAS BE END PASTI DAPAT BAJET 2010 TAMBAHAN

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri kata Sabah & Serawak adalah NEGERI PALING BANYAK MENTERI/TIMBALAN MENTERI gara-gara tarikan menarik dari Pakatan Rakyat.
JALANRAYA SEPERTI INI DI SABAH & SARAWAK PERLU SEGERA MENDAPAT PERUNTUKAN KHAS

1. SABAH & Sarawak sudah lama menjadi akaun tetap kepada kerajaan BN. Kekalahan yang menimpa komponen-komponen BN di Semenanjung Tanah Melayu memberikan kelebihan kepada YB dari Sabah & Sarawak.

2. YB Shafie Apdal, YB Anifah Aman, YB Liew Vui Keong, YB Rosnah Rashid Sirlin, Tan Sri Bernad Dompok, YB Lajim Okin, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Dr. Maximus Ongkili semuanya dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Jika 10 dan 20 tahun dahulu amat sukar YB dari Sabah dilantik ke jawatan Menteri Persekutuan.

3. Hari ini 16 September 2009, sudah 46 tahun Sabah & Sarawak merdeka melalui Malaysia. Jika tidak, mungkin Kemerdekaan Sabah & Sarawak akan lewat seiring dengan Kemerdekaan Brunei pada tahun 1980an.

4. Persidangan Parlimen akan diadakan bulan depan. Penulis yakin persidangan ini amat bermakna bukan kerana Bajet 2010 akan dibentangkan, tetapi berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang akan dibawa ke negeri bawah bayu .

5. Selepas pembentukan Kabinet DS Najib, rakyat Sabah menaruh harapan yang tinggi kepada YB-YB Sabah yang dilantik ke jawatan Menteri Kanan seperti Datuk Shafie Apdal. Penulis ketika itu mencadangkan supaya YB-YB Sabah bersatu hati untuk mendapatkan peruntukan yang lebih besar, terutama membina Lebuh Raya Kota Kinabalu - Tawau.

6. Maksud Lebuh Raya ialah jalan 6 lorong, ada hentian rehat yang cantik dan bersih seperti di Semenanjung Tanah Melayu. Bukan lebuhnraya 2 lorong seperti yang ada sekarang ini. Lebuh raya utama di Sabah menghubungkan Kota Kinabalu-Tawau yang ada sekarang itu bagaikan jalanraya tahun 1970an di Semenanjung.

Kita hendaklah memandang ke hadapan, 20 30 tahun akan datang...kampung-kampung baru akan banyak dibuka, penduduk semakin ramai, setiap hari rakyat semakin meminta jalan raya yang sempurna, di kg sana sudah dibaiki di kg yang satu lagi meminta,Kerajaan mana-manapun sama ada mempunyai peruntukan atau tidak akan berhadapan permintaan yang tidak putus-putus. Bagi rakyat semua itu tanggungjawab kerajaan,maka ketika YB-YB Sabah memiliki banyak Kelebihan sekarang, gunakanlah untuk memajukan negeri.

7. Ini adalah masanya, 3 tahun ini adalah masanya untuk YB Sabah membawa masuk lebih banyak projek pembangunan. Lim Guan Eng baru-baru ini dalam temuramah dengan wartawan asing membayangkan bukan perkara mudah untuk menghadapi DS Najib kerana DS Najib seorang Perdana Menteri yang berkesan. Menurutnya Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat akan menghadapi kesukaran berhadapan dengan DS Najib dalam PRU13 kerana Perdana Menteri telah berjaya membawa banyak pembaharuan kepada rakyat Malaysia.

Harap teman Rakyat Sabah & Serawak harus ubah sikap dan ubah pendirian jangan mudah disogok,ikut pesanan Tok Guru Nik Aziz .... orang bagi ambik sebab itu duit rakyat juga , tapi bila mengundi ikut pertimbangan sendiri setelah melihat dan mengamati apa yang berlaku antara pemerintahan Pakatan Rakyat dengan BN melalui semua media
internet dan media kerajaan BN.
8. Selamat Hari Kemerdekaan bagi negeri Sabah & Sarawak.( Lagu negeri Sabah : Sabah Tanah Airku lagu )

No comments: