PENING tapi penting akhirnya Muhyiddin dijangka mengumumkan nama calon yang dipilih BN itu ketika majlis jamuan Aidilfitri di Batu 6, Jalan Pantai, Port Dickson, jam 4 petang ini.
BN nampaknya bakal berhadapan dengan gelombang protes penyokong mereka sendiri jika kesilapan meletakkan calon berlaku kali ini. Amat mengejutkan bilamana Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Isa Samad yang sepatutnya secara tradisi diangkat sebagai calon kini diperlekehkan oleh puak-puak mereka sendiri. Malah Penasihat UMNO dan Kerajaan, Mahathir Mohamad secara jelas tidak mahu Isa jadi calon. Namun, apakah Najib akan memilih calon lain bagi menidakkan keupayaan Isa. Jika calon MB dipilih, sudah pasti penyokong Isa akan protes dan jika Isa dipilih sudah pasti penyokong MB Negeri Sembilan akan membuat undi protes. Ini menunjukkan bahawa, BN pasti bercelaru biarpun mereka punyai kelebihan undi pos].
No comments:
Post a Comment