Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, September 29, 2009

GARA_GARA PBT BUKAN PILIHAN RAKYAT , KHIDMATNYA TERUS BOLOS

Hampir keseluruhan PBT seperti Majlis Daerah (kecuali Ahli Majlis) di negeri-negeri di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat bukan dipilih oleh rakyat dan sudah tentu Yang Dipertua Majlisnya adalah kroni BN dan tertakluk pada Kerajaan Persekutuan melalui JPA.Biasanya mereka ini tidak setia sepenuhnya dan ada yang cuba melawan towkey contohnya Setiausaha Negeri Perak.
Tahun ini, penduduk Alor Setar terpaksa berhadapan dengan timbunan sampah di sekitar bandar itu. Bukan saja menyakitkan mata memandang, tetapi juga bau busuk menusuk hidung. Alasan yang diberikan oleh Majlis Bandararaya Alor Setar ialah kontraktor sampah akan mengambilalih kutipan sampah itu mulai awal November, dan tidak September seperti jadual asal.
Kita perlu diingatkan lagi bahawa PBT ialah sebuah kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat. Akta Kerajaan Tempatan 1976 memberikan kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk melantik Ahli Majlis dan Datuk Bandar. Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan mereka melalui proses pilihanraya, walaupun tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan MBAS.
Ini semuanya rakyat perlu sedar dan faham betul-betul bahawa apa yang berlaku pada Majlis Perbandaran Selayang (kes gerai dan timbunan sampah dan kematian lembu di Ulu Yam) , Majlis perbandaran Subang jaya (kes peniaga dan gerai) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Kes kuil diroboh) serta banyak lagi adalah disebabkan bukan pilihan rakyat yang mahukan perubahan.
Dalam ketidakcemerlangan perkhidmatan usah terperanjat atau terkejut sekiranya Datuk Bandar Alor Setar mendapat promosi jawatan yang lebih kanan dan Ahli Majlis MBAS selepas ini menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah. Begitulah cara kita "menghukum" pembekal perkhidmatan yang gagal memenuhi harapan pengguna.
Ramai penduduk Alor Setar inginkan MBAS memberikan rebat cukai pintu kerana gagal menyediakan perkhidmatan pengurusan sampah yang sepatutnya termasuk PBT di negeri-negeri yang lain.

No comments: