Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, September 29, 2009

CELCOM HANCUR ,PLUS LEBUR DI HARI LEBARAN 1430 HIJRAH

Hari Raya Eidul Fitri Tahun 2009 diselubungi muram dan kelam oleh perkhidmatan Celcom dan Perkhidmatan Projek Lebuh Raya Utara Selatan dan semua lebuhraya terutama semasa nak bayar tol... jem teruk. Persoalannya adakah persamaan antara Celcom dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh raya lain memang ada jawapannya iaitu semua gagal dan kantoi dalam memenuhi harapan pengguna.Celcom dah berapa lama berkhidmat? 2 Tahun 6 tahun? Dah tau pelanggan bertambah dan lokasi berselerak maka tiada persediaan atau kaji selidik untuk meningkatkan sistem yang ada?Takkan jual produk pelbagai dan beribu-ribu HP .Bayangkan beberapa hari pada minggu raya pengguna talian Celcom mengalami kesukaran membuat panggilan. Sekarang kita tahu telefon bimbit bukan lagi satu kemewahan, ia sudah menjadi satu keperluan. Apabila wujud gangguan sedemikian, ia mengakibatkan kerugian yang besar kepada pengguna yang "bergantung hidup" dengannya dan pengguna tidak dapat gantirugi pun tapi kalau lambat bayar pengguna ditekan dan disaman.

Kesesakan lebuhraya pada musim perayaan lumrah setiap tahun. Pengguna yang pulang berhari raya pada tahun ini juga terpaksa melaluinya. Lebuhraya bertol yang sepatutnya menampung kenderaan pada kelajuan tinggi menjadi terlalu sesak dan ada ketikanya kenderaan tidak dapat bergerak langsung. Pengguna mengharapkan kelancaran perjalanan di lebuh raya berbayar ini.
Ketidakpuasan hati ini tidak terhad kepada mutu perkhidmatan Celcom dan PLUS dan lain-lain lebuhraya saja. Setiap hari kita mendengar pelbagai rungutan pengguna. Namun disebabkan oleh tidak ada satu gerakan kepenggunaan yang kuat, maka suara tersebut tenggelam begitu saja.
Pembekal perkhidmatan (service provider) yang gagal memberikan perkhidmatan yang diharapkan tidak dikenakan apa-apa tindakan. Yang pelik Pegawai Eksekutif Celcom atau PLUS selalu pula dinaikkan pangkat.Apa KPInya ?
Harapan bukan sekadar permohonan maaf. Rakyat berterima kasih kepada Celcom yang menghantar SMS memohon maaf atas gangguan perkhidmatan. Namun, mengharapkan Celcom untuk memberikan rebat kerana menimbulkan masalah kepada pengguna. Ramai juga pengguna lebuhraya yang mengharapkan PLUS untuk memberikan rebat tol apabila ia gagal menyediakan perkhidmatan yang lancar.

No comments: