238 kematian setakat ini,
- tambah peraturan baru?
- tambah alatan keselamatan pada kenderaan?
- perketat syarat-syarat pemilikan lesen memandu?
- tambah sekatan jalan raya?
- tambah anggota trafik?
- tambah cctv di tepi jalanraya?
- kempen itu, kempen ini?
- perbaiki/naik taraf jalan raya?
Cukup ke? Pada teman dah cukup.
Cuma silapnya banyak penguatkuasaan asas tidak bersungguh dan hanya seperti melepaskan batuk di tangga.
Contoh pada motorsikal, PDRM harus didik rakyat dengan teguran dan saman pada rakyat Malaysia tentang pentingnya ciri sebuah motorsikal yang selamat.Lampu depan kena pasang .. okey ramai ikut. Bagaimana lampu merah belakang pada waktu malam atau petang dan subuh banyak tidak menyala atau tiada kebalikan cahaya langsung.Adakan kualiti lampu merah sangat rendah?
Silibus sekolah memandu ikut skrip sangat.Perlu slot ada penceramah bebas terdiri dari individu yang berpengalaman luas dalam hal memandu kereta,lori dan van dan sebagainya.
Individu-individu ini harus memberi tip kepada pelajar pemandu berkenaan bagaimana jika menghadapi kereta di depan jika kereta tersebut terlalu lambat membelok atau melintas? Bagaimana menghadapi kenderaan hadapan yang rosak atau lembab sangat ?
pada teman ,masih banyak ruang bagi pihak berwajib berusaha mengurangkan kemalangan walaupun tidak dinafikan banyak kesalahan adalah dari pemandu kenderaan tersebut.
Apakah kita hanya perlu mengira setiap saman, kemalangan dan kematian pada setiap musim perayaan? Setakat kira, masuk tv dan keluar surat khabar akan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?
Teman tidak setuju atas saranan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri agar lesen memandu pesalah trafik digantung, bahkan aku pernah mengesyorkan cadangan itu dalam blog ini sedikit masa dulu. Sememangnya pesalah trafik tidak layak memandu di jalan raya. Jalan raya hanya boleh digunakan oleh pemandu-pemandu yang berdisiplin, yang mematuhi peraturan jalan raya.Masalahnya penguatkuasaan terlalulemah.Dilaporakan Pejabat JPJ dan PDRM ada komputer canggih tetapi tidak dapat mengesan pemandu yang banyak terima saman dan sehinggakan tragedi demi tragedi pemandu Bas cuai mengorbankan ramai nyawa.
Tak perlu hukum bunuh - Berapa ramai pengedar dadah ke tali gantung, tapi masih ada lagi yang mengedar dadah?
Dan, apabila buat sekatan jalan raya, bukan hanya lihat samada pemandu itu menggunakan tali pinggang keledar ataupun tidak, sebaliknya periksa juga lesennya.
Tak perlu peraturan baru, dan tak perlu Ops Sikap XIV di musim perayaan akan datang. Tak ada maknanya pun....
Laksanakan segala peraturan dan akta yang telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Bukan setakat buat akata ini, peraturan itu, tapi kemalangan maut terus meningkat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

No comments:
Post a Comment