Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, August 28, 2009

RAKYAT SABAH/SARAWAK TOLONG NAFIKAN INI DAN MANTOPKAN MENJELANG PRU13


1. BENARKAH HARGA PENGUNDI DI SABAH HANYALAH SEKITAR RM3.50 HINGGA RM4.50?
2. Di Sabah ni pengundinya boleh bertukar fikiran hanya dengan memberikan mereka nasi bungkus dan mineral water?

Apa perasaan anda sebagai rakyat Sabah yang menjadi pengundi pada setiap pilihanraya umum apabila membaca tajuk di atas?

Marah? Benci? Sakit hati? atau apa...

Tapi itulah hakikatnya...Bukan aku yang meletakkan nilai ini,tapi seorang teman yang merupakan EXCO Pemuda UMNO Tawau yang meletakkan harga itu,aku pun agak marah pada mulanya apabila kata-kata itu terkeluar dari mulutnya,seakan-akan mahu je aku tampar mulutnya pada saat itu.Tapi apabila mendengarkan sendiri penjelasannya,barulah aku faham..

Teman aku ni merupakan orang yang berjawatan dalam Pemuda UMNO Tawau,tak perlulah aku jelaskan secara terperinci apa jawatannya cuma dia ni memang amat rapat dengan seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berasal dari Sabah.

Aku berjumpa dengannya secara tidak sengaja ketika berlakunya kebakaran di Kampung Vietnam di Tawau baru-baru ni.Mulanya aku hanya bertanya pada dia,agak-agak dia siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil di Permatang Pasir 25hb ni,PAS,UMNO atau calon Bebas?

"PAS akan menang lagi kali ini"spontan je dia menjawab.

"Aik?takkan orang UMNO mengalah awal-awal?" aku cuba mengusiknya.

"Betul bro, pengundi di Semenanjung bukan sama dengan pengundi di Sabah ni!" luahnya lagi.

"Ya kah?,apa pula bezanya pengundi di semenanjung dengan pengundi di Sabah?"soal ku.

Betulkah nilai kita setakat harga nasi bungkus dan minerak water..?

Lalu diapun menceritakan pengalamannya merayu undi ketika pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang.Dia bersama 20 orang ahli Pemuda UMNO Tawau telah ditugaskan untuk membantu jentera Pilihanraya UMNO di Bukit Gantang.Dia menceritakan bagaimana mereka menghadapi kesukaran untuk mempengaruhi pengundi walaupun setelah menggunakan pelbagai taktik termasuklah menggunakan pengaruh wang,hiburan dan makan-minum!

Dia juga menceritakan bagaimana majlis ceramah yang UMNO anjurkan tidak mendapat sambutan pengundi walaupun ianya diselitkan dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis terkenal tanah air dan juga ada makan minum ,tetapi ribuan pengundi membanjiri ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat yang dibuat pada waktu yang sama dan bersebelahan dengan majlis anjuran UMNO tadi walaupun ianya tidak diselitkan dengan acara hiburan dan tiada jamuan percuma!
Petugas-petugas PAS katanya bekerja bertungkus lumus untuk memenangkan calon mereka tanpa meminta atau diberikan upah sedangkan ianya tidak berlaku di kem UMNO.Pengundi di sana juga tidak mudah terpengaruh dengan pancingan wang ringgit contohnya ketika kempen rumah-ke rumah mereka telah berikan rm100 bagi setiap pengundi yang ada di rumah tersebut tapi bila hari mengundi ternyata mereka kalah teruk di tempat itu!
"Susah bro memang susah nak pengaruh pengundi di semenanjung sana..tak seperti di Sabah ni pengundinya boleh bertukar fikiran hanya dengan memberikan mereka nasi bungkus dan mineral water!" ungkapnya agak geram.
Begitulah rendahnya maruah dan harga diri para pengundi di Sabah pada kacamata pemimpin UMNO.Nilai kita hanyalah setakat RM4.50 itupun kalau nasi itu berlaukan ayam kalau lauknya ikan harga kita cuma RM3.50 je..Nasi ikan RM2.50 + Mineral water 500ml RM1=RM3.50!! Sedarlah wahai pengundi khususnya di Tawau ni,UMNO cuma menganggap kita ini hanyalah seperti LAMPIN anak-anak kita,bila perlu baru beli...

1 comment:

mypugaloo said...

Ndak Heran aku bah...

Masalahnya memang BETUL pun majoriti rakyat SABAH ni akan 'cair' pada hari pengundian kalau ada yang datang dan memberikan 'sesuatu'...kalau DUIT tu lagilah kuat pengaruhnya apalagi kalau nilainya tinggi...

Tulah cabaran utama di sini dan rasanya kalau boleh ditanamkan dalam jiwa mereka agar menerima saja tapi undi yg lain juga...GREAT!

Apapun, pengalaman kami sendiri dalam merayu undi untuk mematahkan 'imbuhan' tersbeut adalah dengan mengatakan "ambil saja bah, tapi jangan UNDI dorang sebab itu RASUAH, tapi kalau undi yang LAIN, itu SEDEQAH"

SABAH BAH TU