Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, August 28, 2009

PENANGAN SUMPAH RAKYAT DI BULAN PUASA

Di Kedah terdapat Dua orang wakil rakyat wajar meletakkan jawatan jika mereka berdua benar-benar bermaruah bukan anak betina iaitu ADUN Kota Seputeh dan ADUN Lunas .
2 orang ini telah melakukan kesalahan dari segi perlembagaan negeri dan integriti seseorang calon.ADUN Dah 4 penggal pun terlupa 2 kali mesyuarat penting mewakili rakyat kamu.Adakah kamu berlagak bila kamu dah senior sangat dan otai orang kata?Kalau dan kena sakit pelupa atau alasan asyik lupa pun kira tak layak jadi ADUN.
ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sharif seolah-olah tidak berminat untuk meneruskan tugasnya sehingga tanggungjawab asasinya sebagai Wakil Rakyat iaitu menghadiri sidang DUN diabaikan oleh beliau begitu sahaja tanpa sebarang makluman. Jelas sekali beliau telah mensia-sia harapan rakyat di Kota Seputeh dan lebih bayar dari itu beliau telah melanggar perlembagaan negeri. Dari itu jelas sekali beliau wajar meletakkan jawatan sebagai ADUN.
ADUN Lunas, Md Razhi Salleh juga wajar meletakkan jawatan kerana kemenangannya pada PRU 2008 adalah disebabkan rakyat mahukan PKR bukannya kerana batang tubuhnya. Kemenangan beliau adalah kerana beliau bertanding atas tiket PKR. Oleh itu apabila beliau keluar dari PKR maka sewajarnya beliau meletakkan jawatan kerana rakyat mahukan wakil rakyat dari PKR bukan bebas atau BN.
Memang bacul jika keduanya enggan meletak jawatan masing-masing.

No comments: